Whey Untuk Kuruskan Badan

Aiman Radzi - Whey Untuk Kuruskan Badan

Dalam kalangan bina badan, protein whey adalah sejenis protein yang, boleh dikatakan, mustahil tidak diketahui oleh penggemar besi. Mana tidaknya, hampir semua atlit bina badan menggunakan protein ini. Ia bukan sesuatu yang luar biasa, kerana ianya adalah susu, seperti susu-susu yang anda beli di kedai, cuma yang ini tinggi protein.

Disebabkan ia bagus untuk membina badan kerana kandungan protein yang tinggi, namanya melekat sebagai supplement untuk membina badan sahaja. Tidak ramai tahu, ia adalah sejenis supplement yang bagus untuk kesihatan. Malah, kalau anda mahu turunkan berat badan juga, protein whey boleh bantu anda untuk mencapat matlamat tersebut!

Kursus Kecergasan 2025

Dah Ambil Protein Ke Belum?

Protein whey telah ditunjukkan untuk mempunyai kesan positif terhadap hormon kita yang terlibat dengan penghadaman, otak, dan juga peredaran darah. Secara ringkasnya, protein whey mempunyai kesan untuk memberi rasa kekenyangan dan menghalang kelaparan berbanding protein yang lain seperti protein casein. Jom kita lihat lagi kenapa protein whey bagus untuk penurunan berat badan:

1- Meningkatkan Hormon Untuk Melawan Kelaparan

Dalam protein whey, ada beberapa kompaun yang mempunyai kesan tertentu dalam badan kita. Salah satunya dipanggil Glycomacro protein yang berperanan besar untuk melawan kelaparan. Glycomacro protein juga dipercayai mampu meningkatkan rembesan cholecystokinin, iaitu sejenis hormon dalam usus kita. Hormon tersebut menghantar signal kepada otot untuk berasa kenyang.

2- Memberi Isyarat Bekalan Tenaga Tersedia

Antara sumber protein yang anda, protein whey mengandungi leucine (sejenis asid amino) yang paling banyak dan terbanyak sekali untuk setiap gram. Satunya, leucine amat penting untuk menjana pertumbuhan otot. Jadi, bagi mereka yang mahu bina badan, leucine adalah asid amino yang dikira “lubuk emas” pada mereka. Kenapa? Ia meningkatkan pengaktifan mTOR, dan meskipun ia penting untuk bina badan, ia memberi satu lagi kesan iaitu menghantar isyarat kepada otak anda yang ada tenaga tersedia dalam badan. Jadi, anda tidak perlu makan lebih untuk dapatkan tenaga (kata lain, ia membendung selera makan).

3- Menstabilkan Glukosa Dalam Darah

Kalau gula dalam darah kita rendah, kita akan senang berasa lapar (tapi terlalu tinggi juga boleh beri kesan yang sama). Apabila anda mengambil karbohidrat, gula dalam darah akan meningkat, seiring dengan peningkatan hormon insulin untuk membawa “gula” tersebut dan nutrien lain ke dalam sel. Disebabkan kenaikan kedua-dua komponen ini, akan ada satu fasa di mana gula darah anda turun rendah dan anda berasa lain macam lapar. Protein whey mampu mengawal kesan ini dengan meningkatkan respon insulin untuk mengawal gula dalam darah.

Hydro Whey

Letih Minum Protein

Kalau nak minum protein selalu sepanjang hari memenatkan anda, idea penyediaan lain perlulah dicari dan direka. Sekarang, ada macam-macam jenis resepi untuk penyediaan protein whey. Ia boleh dijadikan sebagai kek, sebagai biskut, dimasukkan ke dalam oat, dijadikan protein bar, dan macam-macam lagi! Tetapi, saya sendiri lebih gemar minum kerana kemudahan untuk membancuh dan goncang sahaja. Terpulang kepada anda kerana apa yang terbaik untuk anda, lakukan!

Rujukan:

Paul Salter, 3 Ways Whey Protein Can Help You Lose Weight, Bodybuilding.com

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

16 thoughts on “Whey Untuk Kuruskan Badan

  1. Hi..
    whey sebaiknya minum brp kali yaa sehari ?

    1. Hi. Terpulang kepada diri dan kiraan makronutrien. Maksudnya, tengok kepada keperluan. Kalau pemakanan harian kurang, boleh ambil 2-3 scoop sehari atau lebih. Kalau pemakanan baik, boleh ambil 1-2 scoop sehari.

      1. luis chong says:

        kalau minum whey protin amek 2-3 scoop sehari & tak mkn nasi pun x apa ke?? Adakah whey protin akan srh kenyang??

  2. kalau untuk kurus dan tambah muscle mana lagi bagus? concentrate isolated atau hydro ?

  3. Kalau untuk pompuan yg nak kurus,mana yg sesuai??

    1. boleh guna whey protein, fat burner pun ok. jgn terlalu kuat sehingga mengganggu hormon.

    1. takde guideline jelas. cuma kebiasaannya diletak 18 tahun ke atas.

  4. Kalau Saya yang kurus ni nak ambil protein ni untuk otot sesuai ke?

    1. Zaki Khan says:

      boleh. tapi kalau ada modal lebih, lebih baik amik gainer.

  5. bolehke kalau sy minum whey sebelum workout…kmdian minum mass slps workout….sbb sy jnis yg kurus….takut kalau trus minum whey..sy brtmbh tmbh kecik

  6. Klau ambil fat burn dan whey utk turunkan berat badan dan gain muscle boleh kah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: