Teknik Latihan FST-7: Pendekatan Revolusi Membina Otot

Kaedah latihan FST-7, yang bermaksud “Fascial Stretch Training 7”, adalah kaedah latihan kekuatan dan hipertrofi yang diperkenalkan oleh jurulatih terkenal, Hany Rambod. Metod ini memberi penekanan pada peregangan fascia, iaitu tisu penghubung yang menyelaputi otot, melalui kombinasi teknik latihan intensif dan peregangan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kapasiti otot menyimpan darah dan nutrien, seterusnya merangsang pertumbuhan otot yang lebih baik [1].
Prinsip Asas latihan FST-7 melibatkan 7 set latihan dengan pengulangan tinggi pada akhir sesi latihan untuk kumpulan otot tertentu. Teknik ini memfokuskan kepada [2] :-
1. Isolasi Otot: Set terakhir bertujuan mengasingkan kumpulan otot sasaran untuk menghasilkan pembengkakan otot maksimum.
2. Rehat Minimum: Tempoh rehat antara set adalah pendek, sekitar 30-45 saat, untuk mengekalkan tekanan pada otot dan meningkatkan aliran darah.
3. Penggunaan Mesin atau Kabel: Alat seperti mesin atau kabel sering digunakan bagi memastikan tekanan kekal pada otot sepanjang pergerakan.
Kelebihan Latihan FST-7 adaah dalam pembangunan hipertrofi otot. Peregangan fascia melalui aliran darah yang tinggi meningkatkan ruang untuk pertumbuhan otot. Kajian menunjukkan bahawa pengembangan fascia adalah faktor penting dalam hipertrofi [3].
FST -7 juga membantu dalam pengaktifan sel otot yang maksimum dimana penggunaan kaedah ini memastikan kumpulan otot bekerja pada kapasiti maksimum. Rambod menekankan bahawa tekanan yang berterusan dapat membantu dalam mencipta pembentukan otot yang lebih estetik dan simetri [4].
Tambahan, kaedah latihan ini juga dilaporkan meningkatkan aliran darah dan menbantu proses pemulihan. FST-7 meningkatkan penghantaran oksigen dan nutrien ke otot, mempercepatkan proses pemulihan selepas latihan. Ini adalah penting untuk pelatih yang menjalani rutin intensif [5].
Kursus Kecergasan 2025Teknik latihan ini boleh diaplikasikan kepada hampir semua kumpulan otot utama seperti dada, bahu, kaki, dan lengan. Contoh rutin FST-7 untuk biceps:

• Dumbbell Biceps Curl: 3 set, 8-10 ulangan.
• Barbell Curl: 3 set, 8-12 ulangan.
• Cable Curl (FST-7): 7 set, 10-12 ulangan, rehat 30-45 saat antara set [6].

Kesimpulannya, FST-7 merupakan pendekatan latihan inovatif yang menyasarkan pembangunan hipertrofi otot melalui kombinasi tekanan mekanikal dan metabolik. Bukan itu sahaja, malahan teknik latihan ini sesuai untuk individu yang berpengalaman dalam latihan kekuatan dan berhasrat mencapai potensi maksimum pembangunan otot mereka. Seperti mana-mana program latihan, konsultasi dengan pakar kecergasan, jurulatih profesional atau dokter perubatan adalah disarankan sebelum mencuba kaedah latihan FST-7 ini.
1. Rambod, H. Fascial Stretch Training Method: FST-7. Bodybuilding Science Journal. 2010; 12(3):45-50.
2. Schoenfeld, BJ. The mechanisms of muscle hypertrophy and their application to resistance training. Journal of Strength and Conditioning Research. 2010; 24(10):2857-2872.
3. MacDougall, JD. Morphological changes in human skeletal muscle following strength training and immobilization. Canadian Journal of Applied Sport Sciences. 1982; 7(1):3-10.
4. Kraemer, WJ., & Ratamess, NA. Fundamentals of resistance training: Progression and exercise prescription. Medicine and Science in Sports and Exercise. 2004; 36(4):674-688.
5. Bird, SP., Tarpenning, KM., & Marino, FE. Designing resistance training programs to enhance muscular fitness. Journal of Sports Medicine. 2005; 35(10):841-851.
6. Baechle, TR., & Earle, RW. Essentials of Strength Training and Conditioning. 3rd ed. Human Kinetics; 2008.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: