‘Urat Dawai’ : Tips Tingkatkan Urat Jul08

Kongsi

‘Urat Dawai’ : Tips Tingkatkan Urat

Selain estetika otot, urat jua memainkan peranan dalam menambahkan ‘efek’ kepada penampilan badan anda. Kadang kala, wujud stereotaip bahawa urat yang tertonjol adalah tanda :-

  • Kerja keras
  • Kekuatan (Ramai wanita berpendapat urat yang tertonjol merupakan tanda ‘protectiveness‘ dan ‘maskuliniti’ seorang lelaki
  • ‘Intimidasi’ terhadap jantina yang sama atau berlawanan. (Lelaki akan terasa terancam, dan wanita akan terasa terangsang. Tak, ini bukan posting melucah)

Untuk artikel kali ini, saya akan memberikan tips praktikal yang boleh dibuat untuk mencapai ‘urat dawai’.

 

1) Kurangkan Lemak Dahulu Pada Badan Anda

Ini tips yang paling mustahak sekali. Jika anda tak mampu turunkan peratusan lemak sekitar 15%, mustahil untuk menampakkan jaluran urat pada badan anda. Untuk di bahagian lengan, agak tidak mustahil untuk dapatkan jaluran urat pada sekitar 17-16% peratusan lemak.

Bagaimana untuk kurangkan lemak? Kalori defisit!

 

2)Tingkatkan Jisim Otot

Bukti bahawa peratusan lemak yang rendah tidak menjamin ‘vaskulariti’ selagi tiada otot

Selain mengurangkan lemak, adalah penting untuk anda punyai jisim otot yang mencukupi. Otot akan ‘memaksa’ dan menolak urat untuk timbul pada kulit anda. Selain itu, lebih banyak otot akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah diperlukan.

Namun perlu diingatkan, ianya perlu selari dengan peratusan lemak yang mencukupi.

Kalau otot tebal tapi peratusan lemak tinggi, sukar jua nak tonjolkan urat anda, melainkan anda memang seorang yang suka dengan kondisi badan ‘bear mode’ atau tidak kisah dengan berapa banyak peratusan lemak badan anda. Selera masing-masing.

Dan kalau anda kurus tapi tak punyai otot, maka sukar untuk menampakkan urat anda.

 

3)Makan Makanan Yang Tinggi Nitric Oxide

“Apetu nitric oxide?”

Bahasa senangnya, Nitric Oxide adalah molekul gas yang dihasilkan secara alami dalam badan. Fungsi asal Nitric Oxide adalah untuk melebarkan saluran darah dan juga merangsang hormon tertentu seperti Insulin dah HGH (Human Growth Hormone). Nitric Oxide juga teramat-amat mustahak untuk kesihatan jantung anda.

Antara makanan yang tinggi Nitric Oxide adalah bawang, dark chocolate, sayuran hijau seperti bayam dan salad, buah-buahan seperti anggur dan juga tembikai.

Namun, jika anda tak dapat mencukupkan pemakanan yang tinggi Nitric Oxide, maka terdapat 1 jenis suplemen yang tinggi Nitric Oxide yang anda boleh masukkan,

Antaranya adalah L-Citrulline.

3.1) L-Citrulline

L-Citrulline sebenarnya adalah sejenis Non-Essential Amino Asid yang boleh dihasilkan oleh badan sendiri serta boleh dijumpai pada buah tembikai. Jika anda nak tahu, Citrulline bermaksud ‘citrullus’, perkataan Latin yang merujuk kepada Buah Tembikai. Kelebihan L-Citrulline adalah :-

  1. Tingkatkan pengaliran darah pada pembuluh darah
  2. Tingkatkan kesihatan kardiovaskular

L-Citrulline merupakan amino asid yang mampu untuk ‘boost’ kan Nitric Oxide di dalam badan. L-Citrulline akan ditukar kepada L-Arginine dan seterusnya menjadi Nitric Oxide. Menurut kajian, minimum L-Citrulline yang diperlukan adalah 3 gram, manakala maksimum threshold adalah 10 gram

Namun, anda perlu makan 1.5kg tembikai untuk HANYA mendapatkan 3 gram citrulline. Maka, disinilah wujudnya kepentingan suplemen L-Citrulline

Bagaimana L-Citrulline dapat meningkatkan vaskulariti? Ia dapat meningkatkan vaskulariti dengan  meningkatkan Nitric Oxide, sekaligus membantu meningkatkan aliran darah.

 

4) Hidrasi, hidrasi, dan hidrasi! (dan juga cukupkan karbo anda)

Wujud satu tanggapan, apabila anda mengurangkan pengambilan air dan karbo secara drastik, anda akan kelihatan kering sekaligus boleh menampakkan urat anda tertonjol. Sebenarnya, tidak tepat secara 100%, lagi-lagi jika anda bukan seorang yang bertanding bina badan pada fasa ‘peak week’. (Dan anda hanyalah seorang bina badan rekreasi)

Asasnya, otot terdiri daripada 79% air. Mengurangkan air dan glikogen secara drastik hanya akan mengurangkan ‘definisi’ otot (istilah lain adalah otot akan kelihatan ‘flat’ dan ‘lembik’).  Glikogen (pecahan glukosa yang berasal dari karbo) boleh menyimpan air sebanyak 3 gram.

Seperti yang saya katakan, otot terdiri daripada 79% air, maka di situ lah kepentingan karbo dan air untuk kelihatan ‘full’ pada otot,sekaligus menampakkan jua ketebalan urat

Dalam pertandingan bina badan, tujuan asal water-cutting dan carb-depletion hanyalah untuk tujuan ‘Glycogen supercompensation’. Senang cerita, apabila anda cut air dan karbo, badan MAMPU menerima lebih banyak glikogen daripada biasa, menjadikan otot anda lebih kelihatan ‘pumped’ dan ‘tebal’ apabila anda mengambil karbo dan air semula dalam beberapa hari sebelum pertandingan

Untuk orang seperti anda dan saya (yang tidak bertanding/ada photoshoot tertentu), maka anda tak perlu pun water cut atau cut karbo.

(Namun perlu diingatkan, berlebihan karbo sehingga menyebabkan anda kerap berada dalam kalori surplus juga tak akan membantu anda untuk menampakkan ‘urat’. Seimbangkan sebaik mungkin!)

 

Rujukan

1) More Plates More Dates- How To Get More Vascular

2) WebMd- L-Citrulline

3)bodybuilding.com- Glycogen Supercompensation

 

 

Kursus Kecergasan 2020

Ilham Izaruddin

M. Ilham Izaruddin

“Health Can Never Be Divorced With Strength” – George Hackenschmidt

Hi, saya Ilham. Seorang pelajar di sebuah IPTA (Dan masih lagi bergelut untuk menghabiskan saki-baki semester dalam bidang Ukur Bahan),
Seorang Certified Fitness Instructor dibawah NASC ,serta penulis amatur yang kadangkala akan berceloteh seputar isu fitness dan nutrition di Facebook dan Instagram saya (ItsCendolTime)

Sebagai seorang anak muda yang dahulunya tidak ‘pernah’ fit ( Kini mungkin lebih fit sikit. Sikit sahaja lah), saya sentiasa menganggap bahawa definisi ‘Fit’ hanyalah untuk golongan yang tertentu, terutamnya atlet-atlet. Namun, kecintaan yang mendalam terhadap fitness bermula daripada keputusan untuk mengangkat berat di gym akibat masalah ‘insecurity’.
Dan saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut..

Kerana itulah saya sentiasa berpendapat bahawa ‘Fitness’ adalah HAK milik semua. bukan semata-mata untuk atlet sahaja.

Facebook