Wanita Besi Masih Budaya Alien Dalam Masyarakat Kita

Menjadi wanita besi bukan pilihan utama masyarakat kita seolah-olah masih menjadi taboo dalam masyarakat untuk mula mengangkat berat. Nak salahkan budaya tidak juga nenek saya penoreh getah, badannya bongkok kerana masa mudanya banyak angkat getah. Jadi saya berpendapat orang kita bukan takut angkat berat. Kita berani angkat berat jika ia perlu. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan wanita tidak mahu angkat berat atau bersenam di gim. Antaranya adalah :

 

Tidak tahu atau kurang pengetahuan

Banyak persoalan yang timbul, bagaimana nak mula, nak buat apa, bagaimana nak guna alat, program yang bagaimana yang perlu dibuat. Caranya adalah belajar dahulu, buat sedikit penyelidikan, pembacaan atau ikuti kelas atau kursus, dapatkan khidmat jurulatih jika perlu. Janganlah jadi seperti monyet, monyet tengok kita buat sesuatu kemudian dia sekadar mimik perbuatan kita membuta-tuli. Dengan belajar juga kita dapat buang rasa takut dan rasa susah serta lebih menjurus kepada hasil, tidak rugi masa.

 

Kursus Kecergasan 2024

 

Takut besar dan sado

Untuk dapat sebesar ini, ia bukanlah hasil setahun dua, lelaki yang mempunyai lebih hormon testoteron memerlukan program latihan dan pemakanan yang sangat bagus, mereka juga bergelut untuk nampak cantik dan sodo. Jika ia begitu mudah, tidaklah dunia bina badan dikotori dengan steriod. Wanita tidak perlu takut sado tapi buat dahulu.

 

Kurang kebolehcapaian gim

Bersenam dengan selesa di gim walaupun menjadi impian kebanyakan orang, tetapi tidak semua berpeluang merasa kemudahan itu. Jarak, masa, keletihan, kesukaran meninggalkan anak atau ibu bapa yang dalam pengawasan juga menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian. Antara pilihan boleh dibuat adalah cari gim yang berdekatan atau laluan balik ke rumah, pilih gim yang ada kemudahan boleh bawa anak, atau pergi ke gim dahulu sebelum mengambil anak di nurseri, sediakan bayaran tambahan untuk pengasuh. Bukan perlu setiap hari, cuma sekali-sekala.

 

Tak selasa bersenam dalam gim yang ramai lelaki sado

Kita takut diperhatikan, ditegur jika silap, mungkin ada yang takut gangguan seksual. Gim antara tempat selamat berbanding bersenam di kawasan terbuka, yang kita tidak tahu orang sekeliling. Kelompok gim tak ramai, biasanya orang yang sama dan kita familiar. Kami alu-alukan orang baru dan tidak ganggu orang, jika ada gangguan sekali pun, ia adalah masalah individu, bukan masalah umum gim.

 

Faktor Motivasi

Antara wanita dan lelaki, wanita lebih mudah hilang motivasi. Untuk mendapatkan motivasi perlu letakkan target dan kenapa kenapa perlu bina otot. Boleh letak target seperti target penurunan lemak, boleh target ubah komposisi badan. Masyarakat kita tidak nampak lagi kepentingan jaga otot. mereka perlu tahu selepas berumur 30 tahun, kita kehilangan 3 hingga 8% otot setiap 10 tahun, kehilangannya meningkat selepas berumur 50 tahun.  Jaga otot tidak hanya penting untuk mengelakkan penyakit metabolik, ia juga memperbaiki kadar metabolik, pulihkan simptom artritis dan fungsi fizikal walaupun hanya sekadar buat senaman bebanan 2 kali seminggu. Bacaan lanjut mengapa wanita perlu wanita angkat berat.

 

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: