Selalu Sakit Badan? Lebihkan Vitamin Ini!

Vitamin ada banyak jenis. Ada yang mudah larut dalam air, ada yang memerlukan lemak untuk diserap. Antara vitamin-vitamin yang anda perlu tahu:

  1. Vitamin A
  2. Vitamin D
  3. Vitamin E
  4. Vitamin K
  5. Vitamin B
  6. Vitamin C

Vitamin A, D, E, dan K, adalah jenis yang memerlukan lemak untuk diserap. Manakala, vitamin B dan C adalah jenis larut dalam air. Tetapi, kita bukannya mahu berbincang tentang semua vitamin ini. Sebaliknya, kita akan fokus pada satu jenis sahaja, iaitu vitamin D!

Kursus Kecergasan 2024

Kenapa Dengan Vitamin D?

Banyak sangat kajian yang telah dijalankan untuk mencari kebaikan vitamin D, dan ia telah terbukti bahawa vitamin D sangat bagus untuk meningkatkan tahap prestasi sukan, pembakaran lemak yang lebih mudah, dan pengimbangan hormon dalam badan.

Bukan itu sahaja, para wanita turut dipercayai dapat memanfaatkan vitamin D dengan memberi keintiman yang lebih baik bersama pasangan mereka! Bagi individu yang kekurangan vitamin D, mereka lebih terdedah kepada risiko-risiko penyakit berbahaya, termasuklah kanser.

Ada dua cara anda boleh dapatkan vitamin D:

  1. Pemakanan dan supplement
  2. Dedahkan kulit dengan matahari

Ada Satu Kajian Baru

Di luar negara, para pengkaji telah menjalankan satu kajian di mana mereka meneliti seramai 216 atlit American football (bukan bola sepak yang kita main). Apa yang mereka cari adalah kaitan antara tahap vitamin D dalam darah atlit-atlit tersebut dengan kekerapan berlakunya kecederaan sukan seperti muscle strain (ketegangan otot) dan hernia.

Kajian ini memerlukan ujian darah yang banyak. Selepas para pengkaji mengambil sampel darah atlit-atlit itu, mereka mendapati seramai 148 pemain mengalami kekurangan vitamin D. Cara mereka mengklasifikasi tinggi-rendah vitamin D adalah:

  1. Normal: 32 ng/ml
  2. Kurang: 20-31 ng/ml
  3. Terlalu kurang: Bawah daripada 20 ng/ml

Menurut Dr. Scott Rodeo, penyiasat kanan bagi kajian ini, atlit-atlit yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah lebih cenderung untuk mengalami kecederaan sukan terutamanya di bahagian otot teras dan bahagian bawah badan. Ini mungkin berlaku kerana perubahan fisiologi terhadap komposisi otot akibat daripada kekurangan vitamin D.

Aiman Radzi - Selalu Sakit Badan Lebihkan Vitamin Ini

Adakah “Normal” Itu Normal?

Para pengkaji dalam kajian ini hanya menyatakan 32 ng/ml adalah paras normal. Tetapi, pada hakikatnya ia hanya melepasi garisan normal sahaja.

Kini, ramai doktor yang menekankan tahap optimal vitamin D dalam badan kita adalah sekitar 50-70 ng/ml, malah ada yang pergi sehingga 100 ng/ml. Mereka meyakini bahawa tahap yang lebih tinggi ini adalah paras yang betul-betul mendatangkan manfaat kepada diri kita.

Bagi yang jarang keluar rumah, atau mungkin seharian berkerja dalam pejabat sahaja, mereka kurang terdedah dengan matahari. Jadi, kemungkin besar mereka mengalami masalah kurangnya vitamin D. Untuk lebih tepat lagi, kebanyakan daripada kita (malah saya sendiri) mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi untuk memiliki tahap vitamin D yang tidak cukup!

Cadangan Untuk Kita Semua

Lebihkan masa di luar daripada kawasan tertutup. Hanya untuk beberapa minit sahaja dalam sehari. Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunblock menghalang kesan yang kita mahukan. Bahan sapuan tersebut menapis sinaran UV yang kita perlu untuk menjana pemprosesan vitamin D semula jadi.

Berapa lama anda kena duduk bawah matahari adalah bergantung kepada individu. Anda boleh cuba dapatkan bantuan doktor melalui ujian darah untuk mengetahui tahap vitamin D dalam badan anda sekarang dan untuk mendapatkan nasihat bagaimana anda boleh naikkan vitamin ini. Tidak lupa juga, pengambilan supplement vitamin D turut boleh membantu.

Rujukan:

Chris Shugart, 6 April 2017, Tip: Take This Vitamin or Get a Hernia, T-Nation, https://www.t-nation.com/supplements/tip-take-this-vitamin-or-get-a-hernia

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: