3 Tip Gym Orang Baru

Aiman Radzi - 3 Tip Gym Orang Baru

Anda baru masuk ke gym dan sedia untuk mulakan latihan membina badan? Baguslah anda ada inisiatif untuk berlatih. Harap-harap motivasi latihan berkekalanlah sehingga berjaya kerana, tanam dalam minda, latihan bina badan bukannya makan masa bulan-bulan, tapi bertahun-tahun!

Oleh itu, anda kena dapatkan tip-tip yang betul semasa permulaan latihan anda. Gunakan pengalaman orang lain untuk kelebihan diri anda sendiri. Ketahui kesilapan otai-otai dan jadiakn ia kekuatan anda.

Kursus Kecergasan 2025

Jangan Cuba 1RM

1RM bukannya bermaksud satu Ringgit Malaysia. Bukan sama sekali, sebaliknya ia bermaksud 1 rep-maksimum. Berat yang anda boleh habiskan 1 rep sahaja dengan form terbaik, itulah yang dipanggil 1RM.

Betul, banyak latihan memerlukan anda tahu 1RM anda, tetapi sebenarnya tidak perlu kalau anda pandai menyusun latihan. Lebih-lebih lagi kalau anda baru mula latihan dan anda tidak berniat untuk menjadi sebarang atlit sukan, mencuba 1RM (dengan kerap) bukanlah langkah bijak.

Anda berlatih untuk menjadi kuat, bukannya untuk menunjukkan kekuatan dalam gym. Tempat untuk anda pamerkan tahap kekuatan anda adalah dalam pertandingan, bukannya di gym. Semasa berlatih, anda gunakan beban yang mengikut parameter sistem latihan anda. Tidak ada latihan yang memaksa anda dapatkan 1RM baru setiap kali masuk ke gym.

Tak Perlu Latih Seperti Otai

Anda tengok otai-otai berlatih dengan hardcore, dan anda juga nak ikut sama. Mungkin mereka akan suruh anda guna berat yang sama, ataupun form menghayun yang melampau. Itu adalah cara mereka, ataupun cara yang dah berpengalaman. Mereka sudah berotot dan kuat, anda pula tidak. Gunakan form yang betul dan baik. Tidak perlu gunakan beban yang sama dengan mereka. Sistem latihan yang betul sangatlah penting untuk hasil yang baik.

Kalau mereka dah berlatih 8 tahun untuk mendapatkan badan seperti itu, jangan harapkan anda dapat sama hasil seperti mereka dalam 8 minggu meskipun anda gunakan latihan yang sama. Yang penting adalah peningkatan latihan dari semasa ke semasa.

Jangan Tinggalkan Latihan Kaki

Ramai orang baru takut dengan latihan kaki, dan malas untuk melatihnya. Bukan orang baru sahaja, otai-otai pun ada begini. Kalau ada yang squat pun, form agak berterabur. Nasihat saya, jangan sesekali tinggalkan latihan kaki dalam rutin anda. Saya tak cakap anda kena terus squat beratus-ratus kilo, sebaliknya berlatih dalam kemampuan anda.

Saya pernah jumpa orang bench press 80-100kg tanpa sebarang masalah, tetapi untuk squat 5kg sebelah (30kg keseluruhan), punyalah susah sampai terseksa kita yang melihatnya. Oleh itu, janganlah lupa untuk melatih kaki anda kerana kaki yang kuat sangat penting untuk pembinaan otot seluruh badan.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: