Bagaimana Latihan Bebanan Yang Sama Beri Hasil Berbeza?
Menimbulkan rasa pelik apabila ada individu naik berat badan selepas mula buat latihan bebanan tetapi ada individu yang semakin kurus pula, kenapa perkara ini terjadi?
Peningkatan Berat Badan
Merangsang pertumbuhan otot
Satu Kajian yang mengkaji kesan latihan bebanan terhadap jisim otot menunjukkan pertumbuhan otot. Analisis menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dari minggu 2 hingga minggu 8 latihan.
Naik otot naik berat
Disebabkan senaman bebanan merangsang pertumbuhan dan pembesaran otot, otot mempunyai berat, jadi dengan membina otot-otot baru,ia dapat meningkatkan berat badan anda.

Artikel ini membuktikan ada peningkatan berat badan;
Peningkatan Kepadatan Tulang
Senaman bebanan juga membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ketika anda mengangkat beban, tekanan yang dikenakan pada tulang menyebabkan pertumbuhan tulang yang lebih padat dan kuat. Ini adalah aspek penting dalam pencegahan osteoporosis dan pemeliharaan kesihatan tulang sepanjang hayat.
Penambahan Kalori
Otot sukar terbina dalam keadaan tidak cukup kalori dan protein. Untuk menambah otot, anda perlu mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar oleh tubuh anda setiap hari. Senaman angkat berat memerlukan tenaga yang lebih banyak, oleh itu, ramai yang mungkin meningkatkan pengambilan kalori untuk mencapai keseimbangan positif antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori.
Makanan Tambahan
Semasa cuba menambah berat otot, ramai yang cuba mendapatkan kecukupan protein, karbohidrat kompleks, lemak yang sihat, dan nutrien penting lain untuk menyokong pembinaan otot , ini juga mempengaruhi peningkatan berat badan secara keseluruhan.
Penurunan Berat Badan
Peningkatan Metabolisma Asas
Lebih banyak otot bermaksud kadar metabolisma asas badan meningkat. Metabolisma asas adalah jumlah tenaga yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsi-fungsi asas seperti pernafasan, penghadaman, dan pemulihan. Dengan mempunyai lebih banyak jisim otot, seseorang akan membakar lebih banyak kalori secara automatik setiap hari, walaupun pada waktu rehat.
Pola Pemakanan Sihat
Individu yang makan banyak tetapi tidak mengalami peningkatan berat badan mungkin memilih makanan yang sehat dan rendah kalori, seperti sayuran, buah-buahan, dan protein tanpa lemak. Makanan seperti ini cenderung memberikan rasa kenyang tanpa memberikan banyak kalori.
Aktiviti Fizikal Yang Tinggi
Mereka ini aktif secara fizikal sama ada melalui melalui bersukan, bersenam atau pekerjaan yang memerlukan banyak gerakan, jadi badan dapat membakar lebih banyak kalori daripada yang mereka ambil. Meskipun mereka makan banyak, jumlah kalori yang mereka bakar mungkin melebihi kalori masuk mereka, yang menjadikan tidak adanya peningkatan berat badan.
KESIMPULAN
Peningkatan atau penurunan berat badan tetap bergantung kepada jumlah keseimbangan tenaga . Ia adalah gaya hidup individu tersebut secara keseluruhan.

RUJUKAN
-
PMID: 25177199
Effects of Resistance Training on Muscle Strength, Endurance, and Motor Unit According to Ciliary Neurotrophic Factor Polymorphism in Male College Students



