Bagaimana Latihan Bebanan Yang Sama Beri Hasil Berbeza?

Kursus Kecergasan 2024

Menimbulkan rasa pelik apabila ada individu naik berat badan selepas mula buat latihan bebanan tetapi ada individu yang semakin kurus pula, kenapa perkara ini terjadi?

Peningkatan Berat Badan

Merangsang pertumbuhan otot

Satu Kajian yang mengkaji kesan latihan bebanan terhadap jisim otot  menunjukkan pertumbuhan otot. Analisis menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dari minggu 2 hingga minggu 8 latihan.

Naik otot naik berat

Disebabkan senaman bebanan merangsang pertumbuhan dan pembesaran otot, otot mempunyai berat, jadi dengan membina otot-otot baru,ia dapat meningkatkan berat badan anda.

Artikel ini membuktikan ada peningkatan berat badan;

Wanita Ini Menjadi lebih Kurus Sebenarnya Naik Berat Badan!

Peningkatan Kepadatan Tulang

Senaman bebanan juga membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ketika anda mengangkat beban, tekanan yang dikenakan pada tulang menyebabkan pertumbuhan tulang yang lebih padat dan kuat. Ini adalah aspek penting dalam pencegahan osteoporosis dan pemeliharaan kesihatan tulang sepanjang hayat.

Penambahan Kalori

Otot sukar terbina dalam keadaan tidak cukup kalori dan protein. Untuk menambah otot, anda perlu mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar oleh tubuh anda setiap hari. Senaman angkat berat memerlukan tenaga yang lebih banyak, oleh itu, ramai yang mungkin meningkatkan pengambilan kalori untuk mencapai keseimbangan positif antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori.

Makanan Tambahan

Semasa cuba menambah berat otot, ramai yang cuba mendapatkan kecukupan protein, karbohidrat kompleks, lemak yang sihat, dan nutrien penting lain untuk menyokong pembinaan otot , ini juga mempengaruhi peningkatan berat badan secara keseluruhan.

Penurunan Berat Badan

Peningkatan Metabolisma Asas

Lebih banyak otot bermaksud kadar metabolisma asas badan meningkat. Metabolisma asas adalah jumlah tenaga yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsi-fungsi asas seperti pernafasan, penghadaman, dan pemulihan. Dengan mempunyai lebih banyak jisim otot, seseorang akan membakar lebih banyak kalori secara automatik setiap hari, walaupun pada waktu rehat.

Boleh Jadi Kerap Dalam Keadaan Defisit

Ini juga disebabkan otot tinggi bakar lebih kalori.

Pola Pemakanan Sihat

Individu yang makan banyak tetapi tidak mengalami peningkatan berat badan mungkin memilih makanan yang sehat dan rendah kalori, seperti sayuran, buah-buahan, dan protein tanpa lemak. Makanan seperti ini cenderung memberikan rasa kenyang tanpa memberikan banyak kalori.

Aktiviti Fizikal Yang Tinggi

Mereka ini aktif secara fizikal sama ada melalui melalui bersukan, bersenam atau pekerjaan yang memerlukan banyak gerakan, jadi badan dapat membakar lebih banyak kalori daripada yang mereka ambil. Meskipun mereka makan banyak, jumlah kalori yang mereka bakar mungkin melebihi  kalori masuk mereka, yang menjadikan tidak adanya peningkatan berat badan.

KESIMPULAN

Peningkatan atau penurunan berat badan tetap bergantung kepada jumlah keseimbangan tenaga . Ia adalah gaya hidup individu tersebut secara keseluruhan.

RUJUKAN

  1. PMID: 25177199

    Effects of Resistance Training on Muscle Strength, Endurance, and Motor Unit According to Ciliary Neurotrophic Factor Polymorphism in Male College Students

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: