Bagaimana Senaman Boleh Bantu Kawal Paras Kolesterol
Apa itu kolesterol?
1 – Kenali kolesterol
Kolesterol adalah sejenis molekul lipid/lemak dan steriod dalam badan.
2 – Fungsi Kolesterol
Kolesterol mempunyai fungsi yang sangat penting dalam badan, ia adalah binaan penting untuk membran sel untuk semua tisu badan dan ia memelihara membran sel, menapis molekul untuk keluar masuk dari sel. Kolesterol juga membantu dalam penghasilan vitamin D dan hormon seks, libido, kesuburan, (estrogen dan testoron), bertanggungjawab untuk tenaga, metabolisme, fungsi imun, dan tindak balas tekanan kita (hormon kortisol) dan sinap otak. Di samping itu, ia diperlukan untuk menghasilkan hempedu dalam hati, menyerap vitamin larut lemak, melindungi daripada radikal bebas (anti-radang) dan meningkatkan kesihatan usus.
Apa pula lipoprotein
Kolesterol tidak larut darah, jadi ia mememerlukan bahan pengangkutan untuk membawanya ke sel. Lipoprotein inilah yang akan membawa kolesterol bersama-sama dengan TG. TG (trigliserida) pula adalah setiap lebihan kalori atau glukosa yang tidak digunakan yang tukar kepada lemak dalam bentuk trigliserida.
Ada beberapa jenis lipoprotein tapi 2 yang utama adalah:
- Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah -LDL
- Kolesterol lipoprotein ketumpatan ringgi – HDL

Kolestrol datang dari mana?
Ramai tahu hanya 20% kolesterol datang dari diet dan 80% lagi dihasilkan sendiri di hati. Tetapi penghasilan 80% itu juga bergantung dari diet yang kita makan iaitu dari karbohidrat, protein dan lemak terutama tinggi lemak tepu /saturated fat (DiNicolantonio JJ, 2015) seperti makanan bergoreng, makanan ultra-proses, makanan segera serta pencuci mulut tinggi gula seperti kek, kuih-muih dan air manis. Kolesterol yang dihasil dihati ini akan dibawa oleh LDL ke tisu untuk digunakan, bila tak habis guna ia dibawa kembali ke hati oleh HDL. Sampai dihati ia akan dikumuhkan.

Adakah kolestrol bahaya?

Atherosclerotic plaque formation
Setelah mengetahui fungsi kolesterol, kini kita tahu kolestrol tidak bahaya, tetapi ia kehadirannya tinggi dalam aliran darah yang biasanya salur darah di jantung, pembuluh darah ke otak, dan saluran darah ke kaki boleh menyebabkan penyumbatan serta merisikokan kepada pelbagai jenis penyakit antaranya stroke, sakit jantung, kerintangan insulin dan tekanan darah tinggi.
Bagaimana senaman membantu mengawal kolestrol?
Apa beza kolesterol dengan lemak?
Lemak boleh dibakar sebagai sumber tenaga tetapi kolestrol tidak. Jadi bagaimana untuk mengawal paras kolesterol?

Kajian Ruiz-Ramie JJ adalah untuk mengenal pasti senaman sebagai potensi terapi dimana objektif kajian ini adalah untuk meringkaskan kesan intervensi senaman terhadap fungsi HDL. Hasil kajian mendapati kesan senaman dan gaya hidup ke atas fungsi ateroprotektif utama HDL iaitu:
1 – Efluks kolesterol
Makrofaj mempunyai kebolehan mencedok zarah kolesterol (proses terbalik) daripada plak dalam saluran darah jantung untuk bercantum dengan HDL (Anti-atherosclerotic plaque formation).

2- Anti-oksida
Ketika proses pengoksidaan lemak, lemak teroksida ini juga akan membentuk atherosclerosis. HDL akan merencat LDL dengan memetabolismekan hidroperoksida lipid dan menghalang pengumpulannya pada LDL. Di samping itu, HDL boleh mengangkut peroksida lipid dan produk sampingan lemak.
3 – Anti- radang
HDL dapat melindungi sel endothelial daripada kecederaan mengalihkan sifat HDL daripada proinflamasi kepada anti-radang.
Senaman berpotensi sebagai terapi dengan meningkatkan HDL
Berbeza dengan ubat anti-kolesterol, ia merencat atau menghalang penghasilan kolesterol di hati.
Siapa yang sesuai menjadikan senaman sebagai terapi?
Mereka yang mempunyai kadar kolesterol LDL yang tidak begitu tinggi, tidak mempunyai latar belakang penyakit sampingan dan mampu untuk komited untuk jaga pemakanan dan bersenam.
SINGKATAN
TC :total cholesterol
LDL : low-density lipoprotein cholesterol
HDL : high-density lipoprotein cholesterol
TG : Trigliserida




