Bench Press: Anda Patut Lakukannya dengan Smith Machine atau Tidak?

Smith Machine lebih kurang mengaktifkan otot berbanding Barbell

Smith machine atau barbell?

Mana satu yang baik untuk meningkatkan prestasi bench press kita?

Bench press merupakan senaman kompoun yang memberi kesan signifikan kepada otot dada, tricep dan juga bahu. Ia juga merupakan salah satu senaman utama dalam powerlifting, strongman dan sebagainya.

Jadi, ramai orang yang melakukan senaman ini hendak meningkatkan prestasinya dengan cepat. Ada yang melakukannya dengan smith machine dan ada yang kekal dengan barbell.

Tidak kurang juga ada yang buat floor press (ini tidak dibincangkan dalam artikel ini).

Menurut Legion Athletics, terdapat satu kajian yang dilakukan kepada dua golongan sampel.

Golongan pertama lakukan bench press menggunakan smith machine, manakala golongan kedua menggunakan barbell biasa.

Dua golongan ini melakukan senaman tersebut dengan kadar 1 rep max. Dapatan tidak hanya pada implikasi prestasi otot sahaja, tetapi pengkaji menggunakan EMG untuk melihat otot mana yang diaktifkan.

Apa dapatannya?

Dua-dua mengalami pengaktifan otot yang baik, namun golongan yang guna barbell, pengaktifan otot bahu tengahnya meningkat 50% lebih berbanding golongan smith machine.

Maknanya apa?

Maknanya, benarlah barbell lebih baik berbanding smith machine dari segi pengaktifan otot keseluruhan.

Namun, ini tidak menunjukkan bahawa smith machine tidak ada nilai langsung.

Apa kebaikan smith machine?

Ia lebih selamat. Sebab, pergerakannya telah ditentukan oleh mesin itu sendiri, kita tidak perlu bersusah payah mengimbangkan beban.

Tetapi, mengimbangkan beban juga ada kebaikan, ia menguatkan otot-otot tertentu seperti teras badan, bahu tengah dan sebagainya.

Kalau kita hendak selamat, gunakan smith machine. Kalau kita ada rakan untuk membantu, bolehlah guna barbell.

Jadi, mana satu yang kita perlu buat?

Jawapan pendek, dua-dua.

Jawapan panjang, kita perlu ukur situasi. Sekiranya ketika itu kita sudah lesu dengan senaman kompoun, bolehlah kita akhiri sesi gim kita dengan smith machine.

Kalau kestabilan badan tidak menjadi isu, maka gunakanlah smith machine untuk fokus pada otot tricep, dada dan sebagainya.

Kalau kita hendak berlatih untuk pertandingan strongman atau powerlifting, biasa-biasakanlah dengan barbell.

Dua-dua melahirkan hasil yang baik. Cuma, sebagai lifter, kita perlu bijak mengukur situasi selaras dengan matlamat senaman kita.

Rujukan

  1. Smith Machine Bench Press vs Barbell Bench Press. https://www.muscledfitness.com/smith-machine-bench-press-vs-barbell-bench-press/
  2. Research Review: Should You Bench Press with a Smith Machine or a Barbell? https://legionathletics.com/bench-press-vs-smith-machine/
  3. Smith Machine Bench Press vs. Barbell Bench Press: Pros, Cons, and More. https://www.yourworkoutbook.com/smith-machine-bench-press-vs-barbell-bench/
  4. Smith Machine Bench Press: Form, Benefits, Myths, & Variations. https://www.setforset.com/blogs/news/smith-machine-bench-press

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: