Dengar Lagu Ketika Bersenam

Adakah mendengar lagu ketika bersenam itu bagus? Adakah ia meningkatkan prestasi sukan kita?

Asasnya, ramai orang yang mendengar lagu ketika bersenam itu adalah untuk menghilangkan rasa bosan ketika bersenam.

Apabila kita berasa bosan, kita akan hilang semangat untuk melakukan suatu senaman apatah lagi apabila ia memerlukan masa yang lama.

Menariknya, menurut banyak kajian, bersenam sambil mendengar lagu bukan sekadar menghilangkan rasa bosan, tetapi meningkatkan stamina kita tanpa cepat penat.

Kuncinya di tempo lagu yang kita dengar itu.

Menurut satu kajian pada tahun 2006, orang yang mendengar lagu yang bertempo laju sambil berbasikal, dia akan mengayuh dengan laju sesuai dengan tempo lagu yang didengarinya. Dan, dia lakukan ini tanpa cepat berasa penat.

Ini bermakna, semangat seseorang yang lahir daripada mendengar lagu itu akan memberikan kesan secara langsung kepada produktivitinya dalam bersenam.

Kesimpulannya, kita harus memilih jenis lagu yang menaikkan semangat kita. Ia memberikan kesan kepada motivasi dan semangat. Dan, motivasi dan semangat itu pula akan menghasilkan prestasi luar biasa.

Rujukan

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: