Jangan Bawa Perangai Toksik Ke Dalam Gim! Kita Saling Membantu, Bukan Saling Mengeji

Seorang pempengaruh dari Tik Tok memerangi sikap toksik di gim

Adakah anda mengenali Joey Swoll? Beliau, seorang ahli bina badan dari Chicago ternyata bukanlah ahli bina badan biasa.

Beliau merupakan seorang pembimbing yang suka berkongsi rutin melakukan latihan beban. Selian itu juga, beliau banyak mengkritik sikap pengguna gim yang toksik di Tik Tok.

Beliau mendapat banyak pengikut sejak videonya tentang cara-cara membesarkan bisep tular. Beliau mempunyai lebih daripada 240,000 pengikut.

Pada beberapa bulan yang lalu, beliau menegur secara langsung seorang wanita yang mengherdik seorang pengguna gim.

Wanita tersebut telah memuat naik videonya mengkritik seorang lelaki yang melakukan latihan beban. Lucunya, wanita tersebut mengherdik tanpa menyelidik.

Dia paparkan sekali rakaman yang dia ambil secara senyap terhadap lelaki tersebut. Joey Swoll menjawab kritikan wanita ini dengan mengatakan bahawa lelaki tersebut melakukan senaman yang betul sebenarnya.

Senaman tersebut ialah drag curl. Ia merupakan satu senaman yang sangat bagus untuk otot bisep.

Ia mungkin nampak pelik bagi sesetengah orang, namun tidak boleh dinafikan senaman tersebut merupakan senaman yang betul.

Kata Joey Swoll, “The fact that people at the gym take videos of other people to try and make fun of them blows my mind. Be better than that.

Orang di gim merakam orang lain untuk mengejek adalah satu perkara yang sangat teruk menurut Joey Swoll. Janganlah sibuk hendak menghukum senaman orang lain.

Sudahlah tidak tahu, hendak menghukum orang lagi!

Sebelum hendak menghukum atau “menasihati”, perlulah selidik terlebih dahulu.

Joey Swoll berkata lagi, perangai toksik seperti inilah yang menyebabkan ramai orang di luar sana tidak mahu ke gim. Mereka takut dikritik dan diherdik.

Kita sepatutnya menjadikan gim sebagai tempat yang selamat dan seronok bagi semua orang. Jikalau terdapat beberapa orang yang tidak tahu, maka perlulah diajar dengan elok dan bijaksana.

Bukannya melalui merakam dan memuat naik ke Tik Tok untuk mengejek orang lain.

Buang sikap toksik dalam gim. Jadilah pengguna gim yang baik hati dan bersedia untuk membantu orang lain.

Setiap orang mempunyai kisah masing-masing. Ada yang tahu, ada yang baru belajar, ada yang sudah lama belajar.

Dekatilah setiap orang dengan baik sepertimana kita mahu orang lain dekati kita.

Rujukan
1. Bodybuilder brutally shuts down woman’s attempt to mock gymgoer’s routine. https://www.mirror.co.uk/news/weird-news/bodybuilder-brutally-shuts-down-womans-25947817
2. Who is Joey Swoll on TikTok? Viral coach combats “toxic” fitness culture. https://www.dexerto.com/entertainment/who-is-joey-swoll-on-tiktok-viral-coach-combats-toxic-fitness-culture-1803850/

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: