Pelir Terkeluar Ketika Acara Larian

Albert Nonino memegang kemaluannya yang terkeluar ketika cara larian 400 meter berlangsung

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kejadian kemaluan terkeluar ketika acara larian 400 meter.

Kejadian ini berlaku di satu kejohanan balapan di Cali, Colombia. Acara larian melibat atlet bawah 20 tahun.

Alberto Nonino, 18, atlet larian 400 meter dari Italit itu terpaksa menahan malu dan pada masa yang sama menahan kemaluannya dengan tangan yang terkeluar daripada seluar ketika acara berlangsung.

Disebabkan kekangan berkenaan, beliau mendapat tempat yang terakhir. Padahal, beliau boleh sahaja mendapat tempat ketiga sekurang-kurangnya.

Jadi, di mana salahnya?

Menurut Malay Mail, hal ini diakui sendiri oleh beliau, kejadian tersebut berlaku kerana beliau mengambil keputusan untuk berlari tanpa memakai seluar dalam.

Bukan itu sahaja, beliau juga memakai seluar pendek yang longgar (loose), bukan ketat.

Maka, disebabkan ini, kemaluan yang terkeluar itu sudah boleh dijangka terjadi.

Apa yang kita boleh belajar?

Sebenarnya, isu seluar dalam ini memang ada dibincangkan dalam kalangan atlet larian, sama ada pelari pecut atau pelari jarak jauh.

Sebab, mereka hendak mendapatkan pergerakan yang selesa dan juga untuk elak kulit daripada melecet.

Menurut artikel Experts debate: should runners wear underwear? dalam lamam web Women’s Running, kuncinya adalah untuk memilih seluar dalam yang betul.

Ada yang menyarankan memakai legging dan segala macam.

Untuk perbandingan, disarankan kita sekurang-kurangnya memakai seluar dalam untuk mengelak pergerakan kemaluan kita yang mengganggu larian.

Memang terdapat atlet larian ketika latihan mereka tidak memakai seluar dalam untuk mengelak kulit daripada melecet.

Namun, dalam pertandingan sebenar, sebaiknya pakai.

Rujukan

  1. Runner suffers unfortunate 400m meltdown after ‘penis kept falling out’. https://www.express.co.uk/sport/othersport/1651257/Runner-penis-falls-out-400-metres-meltdown-athletics-news-sports-news-Alberto-Nonino
  2. Decision to run without underwear leads to Italian decathlete’s penis dangling out, causing him to come in last in 400m race. https://www.malaymail.com/news/life/2022/08/05/decision-to-run-without-underwear-leads-to-italian-decathletes-penis-dangling-out-causing-him-to-come-in-last-in-400m-race/21251
  3. Are you supposed to wear underwear with running shorts and leggings? https://www.advnture.com/features/underwear-when-running
  4. Experts debate: should runners wear underwear? https://www.womensrunning.co.uk/gear/experts-debate-should-runners-wear-underwear/#:~:text=%E2%80%9CChafing%20can%20also%20be%20caused,the%20right%20underwear%20when%20running.

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: