Derek Redmond: Atlet British yang Cedera tetapi Tetap Menghabiskan Larian

Redmond cedera ketika berlari bagi acara 400 meter

Anda pasti pernah menonton video beliau.

Derek Redmond merupakan seorang atlet larian dari United Kingdon yang telah bersara. Beliau dulu berlari untuk acara 400 meter dan 4 x 400 meter.

Beliau pernah memasuki kejohanan Eropah dan kejohanan dunia.

Video beliau tular di media sosial dan di mana-mana menunjukkan beliau tiba-tiba cedera ketika berlari.

Walaupun beliau cedera dan berhenti sekejap. Beliau tetap terus berlari dengan susah payahnya untuk menghabiskan larian.

Apabila melihat kesusahan beliau itu, ayahnya dari tempat duduk penonton terus berlari masuk ke dalam trek membantu beliau menghabiskan larian.

Derek Redmond ketika itu menangis teresak-esak kerana kecewa tidak boleh bersaing dengan baik. Ayahnya memujuk beliau lalu memberikannya semangat untuk tetap habiskan.

Derek Redmond bukan atlet biasa, mentalnya kuat seperti batu. Beliau dalam keadaan terlompat-lompat dengan sebelah kaki tetap terus ke garisan penamat.

Melihat babak hebat ini, seluruh penonton yang hadir di stadium turut bangun memberikan tepukan gemuruh kepada Derek Redmond. Beliau tidak putus asa.

Benarlah kata pujangga.

Selagimana anda tidak berhenti, anda tidak pernah gagal.

Anda mungkin kalah, tetapi anda tidak gagal.

Apakah cerita di sebalik semua ini?

Smooth Radio mengisahkan, Derek Redmond pernah memecahkan rekod UK pada tahun 1985. Pada tahun 1987, beliau dalam acara 4 x 400 meter telah berjaya merangkul pingat perak di kejohanan dunia.

Tidak berhenti di situ, beliau juga berjaya merangkul kejuaraan di peringkat dunia juga pada tahun 1991.

Tahun 1992, Olimpik berlangsung di Barcelona. Semestinya Redmond menyertai.

Beliau sihat ketika itu. Pada permulaannya, beliau menunjukkan prestasi yang dahsyat sehingga beliau berjaya menang sampai ke suku akhir.

Tiba-tiba..

Di separuh akhir, sampai sahaja 250 meter, hamstring beliau koyak dan tidak boleh berlari lagi.

Di sinilah terjadinya semua cerita motivasi yang dengar hingga ke hari ini.

Mana Derek Redmond sekarang?

Selepas kejadian itu, doktor menasihatkan beliau untuk tidak berlari lagi. Jadi, beliau ambil keputusan untuk pindah kepada sukan lain.

Beliau mula bermain bola keranjang untuk kelab Birmingham Bullets. Beliau juga menikmati sukan permotoran.

Dan juga, disebabkan video yang tular itu, beliau secara sambilan menjadi penceramah motivasi.

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: