Eat Clean: Diet yang ‘bermasalah’

Jika saya berikan anda 2 pilihan ini, mana yang anda akan pilih?

Tanpa perlu sebarang data atau statistik, saya berani ‘kerat jari’ bahawa majoriti pembaca blog ini lebih meminati nasi lemak.

Sejak beberapa puluhan tahun dahulu, ramai gym-bro yang akan sarankan kita untuk makan nasi perang, ikan salmon, dan minyak zaitun. Namun, secara praktikalnya ia susah untuk dilakukan lagi-lagi mereka yang bukanlah golongan T20.  Mengikut beberapa kajian terkini, untuk menurunkan peratusan lemak yang baik, maka keperluan kalori disertakan dengan kecukupan gram per protein adalah mustahak. Ini menunjukkan anda tidak perlu ubah makanan pelik-pelik seperti beras perang atau rolled oat

Untuk kupasan kali ini, kita akan lihat apakah permasalahan major dalam diet ‘makan bersih ini’!

 

Masalah Eat Clean #1: Diet yang tidak sustainable untuk jangka masa panjang.

Apa maksud ‘tidak sustainable’ ni? ‘Tidak sustainable’ disini bermaksud tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang. Dalam kes ini, permasalahan major berkenaan Eat Clean adalah, ramai yang tidak mampu bertahan (adhere) dengan diet sebegini untuk satu jangka masa yang panjang (Kita bercakap soal diet melebihi 3-10 tahun keatas, bukan setahun dua)

Perlu saya ingatkan, bahawa wujud satu kajian daripada Loria Kohen et al berkenaan ujikaji 122 calon, dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:-

  1. kumpulan yang dibenarkan makan roti (#1)
  2. kumpulan yang tidak dibenarkan makan roti (#2).

Kedua-dua kumpulan ini diberikan kalori yang SAMA

Apa jadi? ramai subjek di kumpulan kedua (#2) tarik diri berbanding kumpulan #1. Ini disebabkan masalah ‘adherence’ (kepatuhan) terhadap diet yang KETAT sebegini. Ia sangat tak realistik.

 

Masalah Eat Clean #2: Ianya tidak praktikal untuk orang kebanyakkan

Kenapa saya cakap ianya tidak praktikal? Satu benda yang saya rasa ia paling merapu adalah apabila anda ‘terpaksa’ swap beberapa bahan masakan mengikut ideologi Eat Clean. Paling senang sekali adalah menukarkan minyak sawit kepada minyak zaitun.

Tahukah anda, sebarang jenis minyak untuk 1 gram adalah bersamaan dengan 4 kalori. Ini untuk kesemua jenis minyak masakan! Jika tujuan anda untuk menurunkan berat badan, menukarkan bahan masakan hanya membazirkan DUIT anda sahaja.

INGAT, CALORIES IN VS CALORIES OUT. Makan lah apa jenis makanan Eat Clean pun. Kalau makan melebihi kalori, anda tetap akan ada masalah dalam menurunkan berat badan.

 

Masalah Eat Clean #3 : Diet yang ‘celaru’ pegangannya

Kecelaruan yang sering mereka pegang adalah, ‘jangan ambil makanan terproses’. Tapi, sedar atau tidak bahawa kebanyakkan makanan harian kita adalah datang dari sumber terproses. Tak percaya? Nasi yang anda makan itu melalui sumber proses dari beras. Susu Whey yang anda konsumsi itu terbentuk daripada ‘hasil akhir’( by-product) proses keju.

Apa lagi? Oh ya, Oatmeal yang anda makan itu juga diproses, dari di-mil sampailah kepada pembungkusan.

Satu lagi kecelaruan dalam Eat Clean adalah apabila ubi keledek lebih diutamakan berbanding ubi putih, sedangkan kedua-duanya bukanlah makanan ‘terproses’ seperti Oat dan beras. Confusing? ya saya pun confuse.

 

Masalah Eat Clean #4 : Punca kepada masalah mental

“Apa? Masalah mental ? Biar betik!?”

Terdapat satu kajian daripada Stewart Et al mendapati bahawa subjek wanita yang terlibat dalam diet yang ‘ketat’ (rigid dieting)  lebih cenderung untuk ada ‘gangguan mood’ dan ‘keresahan yang melampau’. Dan satu perkara yang mengejutkan adalah, wanita ini juga mempunyai BMI yang TINGGI walaupun dikatakan ‘menjaga’ pemakanan nya.

Ramalan yang mungkin kita boleh katakan adalah disebabkan ‘stress’ terhadap  gaya pemakanan ketat sebegini. Perlu diingatkan, stress juga akan menyebabkan kenaikan hormon Ghrelin dan juga Cortisol, dimana secara tidak langsung juga boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.

 

Bolehkah anda makan makanan merepek dan masih dapat turunkan lemak badan?

Perlu saya jelaskan lagi,

bahawa untuk anda turunkan berat, anda tetap perlukan defisit kalori. Jadi, anda masih boleh menikmati ‘junk food’ dengan kawalan kalori yang sebetulnya. Tak kisah lah anda ingin ambik 2 donut sehari, atau 3 ais krim dalam satu masa.

Menurunkan peratusan lemak = perlu mengurangkan kalori anda. Ini prinsip sains yang perlu anda pegang. Tetapi berbalik untuk penurunan yang efektif, maka pilihlah makanan yang lebih berkualiti.

Jika anda ada tujuan untuk bina otot, maka lebihkan keperluan protein serta cukupkan keperluan kalori anda  (keperluan kalori bergantung individu, sama ada cutting/bulking/maintenance).

 

Konklusi

Untuk yang mampu bertahan dengan diet Eat Clean, maka teruskan lah. Mana-mana diet yang anda lakukan PERLU untuk anda SUKA untuk 3-10 tahun. Antara kesilapan orang bila berdiet adalah buat ‘short-term plan’ yang memang tak sustainable. Buat 6 bulan diet eat clean lepas itu terus lompat makan KFC bila dah ‘capai’ berat ideal.

Lepas itu, komplen berat naik balik di grup diet/gym FB.

Tak perlu nak diet merepek makan nasi dengan ikan rebus kosong sahaja. Sememangya anda takkan dapat bertahan dengan diet ‘bosan’ dan ‘kering’ sebegini untuk jangka masa panjang. Letakkan prinsip 80 makanan bernutrisi/ 20 makanan ‘junk’. Anda akan selamat untuk sepanjang tahun.

Ingin enjoy makan sebiji burger? Silakan.

.

Rujukan

1)Evaluation of the usefulness of a low-calorie diet with or without bread in the treatment of overweight/obesity- Loria Kohen et al (2011)

2) Rigid vs. flexible dieting: association with eating disorder symptoms in nonobese women- Stewart et al (2002)

Kursus Kecergasan 2024

Ilham Izaruddin

Ilham Izaruddin

M. Ilham Izaruddin

“Health Can Never Be Divorced With Strength” – George Hackenschmidt

Hi, saya Ilham. Seorang pelajar di sebuah IPTA (Dan masih lagi bergelut untuk menghabiskan saki-baki semester dalam bidang Ukur Bahan),
Seorang Certified Fitness Instructor dibawah NASC ,serta penulis amatur yang kadangkala akan berceloteh seputar isu fitness dan nutrition di Facebook dan Instagram saya (ItsCendolTime)

Sebagai seorang anak muda yang dahulunya tidak ‘pernah’ fit ( Kini mungkin lebih fit sikit. Sikit sahaja lah), saya sentiasa menganggap bahawa definisi ‘Fit’ hanyalah untuk golongan yang tertentu, terutamnya atlet-atlet. Namun, kecintaan yang mendalam terhadap fitness bermula daripada keputusan untuk mengangkat berat di gym akibat masalah ‘insecurity’.
Dan saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut..

Kerana itulah saya sentiasa berpendapat bahawa ‘Fitness’ adalah HAK milik semua. bukan semata-mata untuk atlet sahaja.

Facebook 

3 thoughts on “Eat Clean: Diet yang ‘bermasalah’

  1. Elvintiran says:

    Mantap Ilham! Very entertaining baca your article

    1. Elvintiran says:

      In addition, the rigid dieting, saya sebagai lelaki pun lebih cenderung kepada gangguan mood jika ikut diet yang very rigid. Sampai ke hari ni my isu and relationship with food hardly solve. It’s very challenging to balance a healthy meal and budgeting the meal as a student. Sometimes food craving hits in and kena lawan and kuatkan mental. Susah2

      1. Ilham Izaruddin Ilham Izaruddin says:

        Hey broo elvin, thanks for this comment. Bercakap pasal rigid dieting, semestinya ada impak dari segi psikologi. Ada yang develop orthorexia (Obsesi terhadap makanan ‘sihat’, sampai takut nak makan makanan berjajan). Sebab tu lah, kita perlu hentikan ‘melabel’ makanan ni sebagai healthy/bad food. Yang ada hanyalah bernutrisi/kurang bernutrisi atau rendah kalori/tinggi kalori. Saya selalu sarankan mana-mana pelajar untuk jangan pikir nak meal prep kalau anda seorang yang tak ada masa dan tak ada bahan mentah nak masak kat bilik (macam saya haha). Masih boleh makan makanan di kafeteria, cumanya kena seimbangkan makronutrisi
        Protein dan fiber amatlah penting sebab rata-rata diet orang kita ni tak cukup protein.

        Stay happy bro. Makan secukupnya dan makan dengan bijak

Leave a Reply to Elvintiran Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: