Jauhkan Wanita Dengan Treadmill

Aiman Radzi - Jauhkan Wanita Dengan Treadmill

Ikut pada musim-musim tertentu, terutamanya pada awal tahun dan sebelum raya, gym-gym di seluruh negara (malah dunia) akan dipenuhi dengan ahli-ahli baru yang bermotivasi tinggi untuk menguruskan badan…untuk 2-3 minggu! Sayangnya, walaupun mereka hanya bermotivasi sekejap sahaja, mereka fokus motivasi mereka pada treadmill, iaitu berjogging di gym.

Lelaki mungkin mula dengan treadmill dahulu sebelum pergi ke tempat mengangkat besi. Wanita pula, malu-malu untuk mengangkat besi. Samada malu ataupun takut, saya tidak pasti. Tetapi, yang saya tahu, perempuan rata-rata takut untuk mengangkat besi kerana risau badan jadi seperti lelaki.

Melainkan kalau anda buat pembedahan untuk menukar jantina, badan anda (wahai para wanita) tidak akan menjadi seperti lelaki! Ini adalah berkaitan dengan hakikat fisiologi dan biologi badan manusia, di mana lelaki secara semula jadi merembes lebih banyak hormon “bina badan” berbanding wanita. Jadi, apa yang saya nak beritahu, wanita yang ingin kurus, perlu angkat besi!

Kursus Kecergasan 2021

Apa Yang Perlu Ada Dalam Latihan

Empat komponen terpenting untuk mencapai keberkesanan maksimum apabila anda bersenam:

  1. Letih tercungap
  2. Otot rasa panas membakar
  3. Guna beban berintensiti tinggi
  4. Panas berpeluh

Wanita selalu buat yang nombor empat sahaja, di mana mereka rasa berpeluh dengan berjogging sudah cukup untuk melakukan transformasi bentuk badan. Tapi, sama juga dengan yang lain. Maksud saya, ada yang berlatih powerlifting dengan mengangkat berat sahaja dan meningkalkan konsep letih tercungap seperti kardio. Ada yang mengamalkan bina badan tapi tidak menggunakan beban berat. Pendek kata, untuk memaksimumkan keberkesanan latihan, anda kena ada keempat-empat komponen tersebut.

Konsep Latihan Mudah

Apabila saya kata anda kena guna beban berintensiti tinggi ataupun berat, saya tidak maksudkan anda kena angkat 100-200kg setiap kali masuk ke gym. Berat adalah satu benda yang subjektif di mana setiap orang mempunyai tafsiran berat tersendiri. Mungkin, bagi anda 30kg sudah berat. Maka, gunakan beban tersebut dalam latihan anda. Berat di sini bermaksud satu beban yang anda hanya mampu buat dalam bawah 10 rep (3-5 rep untuk lebih tepat tapi untuk permulaan, 10 rep ke bawah boleh dikira berat).

Cara latihan mudah yang anda boleh guna adalah “push until you can’t, rest until you can“. Maksudnya, buat satu senaman itu dengan beban tertentu sampai anda tidak boleh push lagi, kemudian rehat secukupnya sampai anda boleh buat semula senaman tersebut. Sebagai contoh, anda buat squat 30kg untuk 8 rep, kemudian rasa tak mampu lagi, anda pun rehat seketika. Selepas 1-2 minit, anda rasa boleh buat lagi, maka anda sambung lagi squat. Ini akan pastikan anda kena pada keempat-empat komponen tadi, dengan rehat singkat dan intensiti tinggi.

Wanita Dan HGH

HGH ataupun human growth hormone adalah hormon ajaib wanita di mana mereka lebih cenderung untuk terkesan dengan hormon ini berbanding lelaki. Tahu atau tidak, HGH adalah hormon utama yang akan membantu wanita untuk membakar lemak dan membina otot-otot yang kuat. Untuk memaksimumkan rembesan hormon tersebut, latihan anda kena penuhi komponen-komponen tadi.

Pilih empat jenis senaman seluruh badan seperti:

  1. Squat
  2. Bench press
  3. Barbell row
  4. Push press

Untuk permulaan ini, anda gunakan beban yang boleh buat dalam 15-20 rep. Buat setiap senaman secara berterusan, 12 rep setiap senaman. Teruskan antara senaman kalau mampu, hanya rehat jika perlu. Tetapkan masa 20 minit dan lihat berapa pusing rutin ini yang anda boleh buat!

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: