Kisah Kejayaan: Suzaini Sulaiman

Tercabar Melihat Diri Sendiri Dalam Cermin.

Saya sebelum ini pernah dicabar isteri saya yang mengatakan kalau badan dah gemuk, ketika meningkat usia, susah nak kembali kurus, ditambah pula suasana kerja yang semakin sibuk dan tiada masa untuk bersenam.

Waktu kerja dari jam 10 pagi hingga 10 malam di kedai gambar sebagai jurugambar penganting dan wartawan sambilan menjadikan masa bersenam amat terhad, apatah lagi apabila penat pulang kerja, terus dihidangkan makan malam, mandi dan langsung melelapkan mata pada waktu malam gara-gara kepenantan.

Suzaini Sulaiman turun berat badan

Kesedaran untuk mengubah gaya hidup bermula apabila menjadi guru fotografi di sebuah institusi pengajian di mana kesemua pelajarnya golongan remaja yang aktif bersukan. Sebagai guru, mestilah akan turut serta mengikuti aktiviti sukan seperti badminton dan futsal pada setiap hujung minggu.

Kekuatan dan semangat untuk merubah menjadi kurus semakin meluap apabila kecewa melihat gambar saya yang diambil oleh pelajar, nampak boroi dan tembam, apatah lagi melihat video semasa senamrobik bergayut-gayut lemak di perut.

Saya kumpulakan azam dengan memulakan berdikit-dikit dengan mengawal pemakanan seperti kurangkan makan malam dengan hidangan oat menggantikan nasi, tidak lagi meminum minuman bergas dan pemakanan sedikit demi sedikit dengan mengikuti pembelajaran pemakanan sihat melalui internet dan media massa.

Suzaini Sulaiman Bagaimana Turun Berat

Saya mulakan aktiviti menguruskan badan bermula Julai 2013 dan sepanjang Aidilfitri tahun itu, saya benar-benar mengamalkan diet yang sebenar. Walaupun terdapat sindiran dari rakan dan keluarga tetapi semuanya tidak saya hiraukan.

Dalam beberapa bulan, saya nampak perubahan di bahagian perut yang semakin kurang boroi dan tenaga semakin bertambah apabila aktiviti sukan seperti futsal dan badminton semakin menjadi saingan dengan pelajar yang jauh lebih muda dari saya.

Bermula September 2013, saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti gimnasium setiap 3 hari seminggu selama 2 jam sehari dan saya makin yakin dengan perubahan diri yang semakin memberangsangkan hingga penurunan berat badan dari 97 kilogram kepada 87 kilogram dalam tempoh 4 bulan sahaja dan kesan ini amat membanggakan saya.Kursus Kecergasan 2024

Malah pelajar saya sendiri amat berbangga dan membandingkan gambar dahulu dengan gambar semasa. Saya kelihatan jauh lebih muda dari usia saya. Isteri dan keluarga saya pula seakan tidak percaya dengan usaha saya yang berbaloi untuk menurunkan berat badan.

Selepas tamat menjadi guru, saya meneruskan kerjaya seperti biasa tetapi masih meneruskan aktiviti bersukan seperti ke gimnasium sambil mengamalkan diet secara ‘slow and steady‘ kerana saya memahami aktiviti menurunkan berat badan memerlukan masa yang panjang selain banyak bersabar dan banyak berpantang.

Menjelang bulan Ramadhan tahun 2014, saya berjaya mencecah 81 kilogram dan kembali mengawal berat badan hingga mencecah 82 kilogram selepas aidilfitri walaupun terpaksa mengawal diet dengan perit apabila melihat rendang dan ayam yang menggiurkan.

Kejayaan Menurunkan Berat Badan

Hingga sekarang, saya sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan senaman sekurang kurangnya 4 kali seminggu samada ke gimnasium ataupun aktiviti riadah walaupun umur saya mencecah 41 tahun Disember 2014 ini.

Saya bersyukur saya diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan saya berjaya membuktikan pada tahap umur saya mencecah ‘4 series‘, saya mampu mengubah bentuk fizikal saya, kerana sebenarnya diri kita yang menentukan segalanya samada mahu atau tidak.

Setelah saya berjaya menurunkan berat badan dan mengamalkan kehidupan sihat, ramai tidak mempercayai umur saya apabila saya ditanya dan mereka beranggapan saya 10 tahun lebih muda dari usia saya, saya terus mengatakan bahawa senaman adalah salah satu terapi untuk awet muda.

Suzaini Sulaiman - Kini Gimnasium menjadi gaya hidup
Suzaini Sulaiman – Kini Gimnasium menjadi gaya hidup

Saya ingin menjadi inspirasi kepada orang lain yang inginkan perubahan positif didalam hidup mereka dan saya ingin berkongsi ilmu yang saya miliki demi kesejahteraan bersama, walaupun ianya sakit dan perit kerana terpaksa berpantang dan mengawal pemakanan selain berhempas pulas berpeluh untuk bersukan, tetapi percayalah semuanya banyak kelebihannya.

Saya yakin dengan kata pepatah, ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Kita harus percaya kerana tubuh badan ini kurniaan Allah s.w.t. dan menjadi tugas kita untuk menjaganya dan bukannya merosakkannya dengan tidak menjaga badan sebaik mungkin.

Suzaini bin Sulaiman
Certified Fitness Instructor N.A.S.C.
Facebook: https://www.facebook.com/snapdigital?fref=ts

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Kisah Kejayaan: Suzaini Sulaiman

  1. Hebat..tapi bukan hilang beratus2 kilo macam yg dato cakap dekat group bbm hehe

Leave a Reply to Man Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: