Makan Ikan Ini Untuk Bina Badan

Aiman Radzi - Makan Ikan Ini Untuk Bina Badan

Ikan adalah sumber protein yang baik selain daripada daging, ayam, telur, kekacang, dan lain-lain. Kalau anda kurang memakan ikan, anda sebenarnya melepaskan banyak kelebihan. Satunya, rasa ikan jika dimasak dengan rapi, teramatlah mengiurkan. Kedua, ia mengandungi banyak khasiat, bukan sekadar untuk bina badan, malah untuk kesihatan menyeluruh.

Baguslah anda makan pelbagai jenis ikan, kerana kadang-kadang untuk mendapatkan sejenis ikan tersebut mungkin berasa sukar. Hari ini, kita lihat kelebihan sejenis ikan ini, iaitu ikan Trout!

Kursus Kecergasan 2024

Ikan Trout Tinggi Vitamin

Semestinya, ikan Trout bukanlah pilihan pertama individu-individu biasa. Malah, kebanyakan ahli bina badan pun tidak terfikir untuk menjadikan ikan Trout sebahagian daripada pemakanan mereka. Kandungan proteinnya pun tidaklah begitu tinggi, kerana ada lagi ikan yang lagi tinggi kandungan protein. Jadi, apa bagusnya ikan Trout? Kandungan vitamin D-nya yang sangat memberangsangkan!

Ikan Trout adalah ikan yang berlemak berbanding ikan lain. Sesuai dengan kandungan vitamin D yang tinggi, kerana vitamin D adalah jenis vitamin yang berserap dengan lemak. Bagi mereka yang kekurangan vitamin D (cuba rujuk entri Selalu Sakit Badan? Lebihkan Vitamin Ini!) kerana faktor-faktor tertentu, ikan Trout adalah pilihan yang sangat baik.

Vitamin D3 (Cholecalciferol)

Apa pula vitamin D3 ini? Ia adalah sejenis vitamin D yang telah menjadi bentuk “aktif”. Otot kita mempunyai signal yang menerima vitamin D secara terus. Apabila kita mendapat sejumlah vitamin D yang tinggi dan mencukupi, ia akan bertindak secara langsung terhadap otot-otot kita!

Yang bagusnya, vitamin D3 mempunyai satu kesan yang istimewa. Peningkatan vitamin D3 mampu meningkatkan kemampuan membina otot melalui penyekatan kesan myostatin dalam badan kita. Myostatin adalah sejenis protein yang menghadkan kebolehan kita untuk membina otot. Apabila vitamin D3 menyekat myostatin, maksudnya badan kita lebih cenderung ke arah hipertropi.

Jangan Kurang Vitamin D

Kekurangan vitamin D dalam badan telah diperakui mendorong kepada pelbagai jenis penyakit dan kelemahan badan. Prestasi sukan dan latihan gym kita turut akan berkurangan. Ini bukan perkara yang bagus jika kita hendak membina badan.

Siapa yang berisiko untuk kekurangan vitamin D? Mereka yang banyak berkerja di bawah bumbung, atau kata lain kerja indoor sahaja. Sinaran matahari adalah sumber vitamin D terbaik. Apabila kita kurang keluar dariapada sesuatu bangunan (rumah, pejabat), kurang jugalah pemperosesan vitamin D semula jadi dalam badan kita. Ambil makanan tinggi vitamin D ataupun supplement untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi.

Rujukan:

Travis Hansen, 13 January 2017, 12 Overlooked Foods You Should Be Eating, T-Nation

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: