Makanan Pedas

Adakah makan makanan pedas elok untuk anda? elok untuk diet anda? Ada sesetengah orang rasa tidak nikmat makanan jika tidak dicampur cili. Bahan dalam cili yang menyebabkan rasa nikmat terbakar itu dipanggil capsaicin.

Kursus Kecergasan 2024Tahukah anda?

1. Makanan pedas melindungi lapisan perut anda. Ramai yang percaya bahawa makanan pedas boleh menyebabkan ulser perut. Ya, jika anda ada gastrik atau tiba-tiba diet secara drastik di mana selama ini melantak tak ingat dunia, tiba-tiba tak makan, atau elak sesuatu menu dimana gastrik terjadi berikutan berubahan cara pemakanan. Makanan pedas mungkin berengsakan. Menurut kajian, capsaicin sebenarnya menghalang rembesan asid dan merangsang alkali dan rembesan mukus, serta alisan darah ke lapisan perut, yang boleh membantu dalam pencegaha dan penyembuhan ulser. Jika anda tiada masalah dengan perut anda, silakan makan makanan pedas.

2. Terdapat kajian menunjukkan makan makanan pedas boleh membantu sistem kardiovaskular. Antara kajian menunjukkan pengambilan cili selama 4 minggu mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL dimana pengoksidaan LDL menyumbang kepada atherosclerosis. Kajian lain juga menunjukkan makanan pedas boleh merehatkan salur darah dan mencegah hipertensi.

3. Banyak kajian dijalankan untuk mengkaji sifat anti-kanser capsaicin. Ada kajian mencadangkan capsaicin boleh menghalang pembiakan sel-sel kanser paru-paru. Ada kajian menunjukkan capsaicin boleh menyebabkan kematian sel dalam sel-sel kanser dan meninggalkan sel-sel sihat tidak terjejas. Walaupun kajian tidak berapa lengkap, tetapi menyatakan bahasa keseimbangan dalam pemakanan harian dengan pelbagai rasa termasuk pedas membantu dalam kesihatan. Dalam masa sama, perlu diingatkan, terlalu banyak benda baik pun boleh jadi tidak baik.

4. Kajian juga dijalankan dengan pesakit diabetis dan mendapati bahawa tahap gula lebih rendah pada kumpulan yang makan cili. Terdapat kajian pada tahun 2006 menunjukkan bahawa insulin kurang diperlukan jika makan makanan pedas. Ini menunjukkan menikmati cili boleh mengurangkan risiko hyperinsulinemia.

5. Terdapat juga kajian menunjukkan makanan pedas meningkatkan metabolisme. Kajian yang dijalankan di University of South Carolina di Columbia menunjukkan, mereka yang menikmati rempah india yang pedas untuk beberapa hari sebelum sesi latihan mempercepat pemulihan dan pembaikan otot.

6. Capsaicin juga mencetuskan reseptor sakit di dalam mulut yang mana seterusnya menyebabkan otak membebaskan endorfin yang menyebabkan rasa sensasi. Lonjakan kimia ini membantu meningkatkan mood seseorang.

7. Jika anda tidak tahan dengan pedas, anda boleh minum susu atau mengambil produk susu seperti yogurt untuk membantu mengurangkan rasa pedas itu.

8. Perlu diingatkan, walaupun pedas baik tetapi cili juga mempunyai kalori. Jadi ianya perlu dimasukkan dalam kiraan jika anda sedang menyasarkan sesuatu diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

40 thoughts on “Makanan Pedas

  1. Salam Dato,
    berkenaan memakan makanan pedas ni selalu di beri petua oleh kawan2 yang lama main gym nie mereka kata jangan makan pedas nanti kena buasir betul ker?

    1. makanan pedas bukan penyebab buasir, tp jika dah mmg ada buasir, ia boleh menyebabkan rasa cam terbakar di rectum. jd seolah2 memburukkan keadaan. buasir terjadi sbb kurang pengambilan fibre dan lebih pengambilan karbo tinggi, gula tinggi, weight gainer

      1. Miss jane says:

        Dato.. Bberapa ye kalori cili tu??? Sbb sy nih mmg jenis mkn cili.. Siap da mcm ulam… Huhuhu

  2. nak tanya dato ni…mcm mana pula dgn spageti???maksud saya sos spageti mcm prego boleh d guna pakai x??ada yg ckp spageti ni utk diet btul ke????then mcm mana pula dgn sardin botan???ada yg ckp sardin ni bgus…boleh dato komen ckit???tq dato

    1. boleh tu boleh, tp sos prego pun extra kalori. spagetti sesuai digunakan. rendah GI. sardin botan tu apa yer? botan tu brand ke?

      1. ooo…jadi sos prego tu xboleh d pakai la mcm tu??/kalau xblh d pakai apa yg sesuai d campur ngan spageti??? botan tu brand kepada sardin..mcm sardin brand ayam brand…ambil kira sardin dalam tin je supaya soalan sya lbh sng…adakah sardin dlm tin tu boleh d guna pakai.???sbb ada otai2 ckp boleh…time sya tgh diet ni saya telah makan benda tersebut n dapati perut saya mcm ada naik…buat rugi je tgh diet…spoil rasa mud….

        1. bukan kata x boleh, sebagai perasa kalau perlu, tp still ada extra kalori, jd perlu diambil kira. kalau nak telan spagetti ngan ayam rebus, takut x tertelan. :D. sardin/tuna dalam air, boleh digunakan. dlm chili tu byk minyak.

          1. Fazal Khan says:

            Minta maaf pillow sbb mnyibok.Tuan Khan nak tanya kalau mcm sardin ayam brand dgn tuna ayam brand yg mana lebih elok? dari segi kandungan protein dia? bagaimana pula dgn kalori,lemak dan minyak mana yg lebih byk? ok tak kalau mknan ni dimkn masa sarapan dgn roti? terima kasih Tuan Khan.

          2. sy x pernah buat perbandingan brand plak. tp amik tuna dlm air jgn amik dlm minyak, chili, mayo dan sebagainya.

          3. Fazal Khan says:

            Dato Khan takde reply button pun dri jwpn dato ttg ikan tu.sye nk tanye tuna dlm air tu mcm mana dato?? huhu.tq

          4. Fazal Khan says:

            ouh ok.brand ayam brand ke dato? cara nak mkn mcm mana ye? bukak tin terus telan ke atau ke panas kan ke.biase sye mkn tuna chilli,tuna kari minyak die mmg terbaik.hari2 mkn utk sarapan nnt arteri tersumbat sbb kolestrol.huhu.terima kasih dato Khan.

  3. hambaALLAH says:

    salam dato adakah betul buasir disebabkan sembelit ????
    benda bagus jgn keterlaluan…dengan itu byk la mengamalkan cleanser…

  4. nak tanya dato satu soalan ni…kalau umur bawah 18tahun i mena skitar 16 ke atas tp x mencecah 20 boleh x pakai amino asid ataupn BCAA????sbb ada ckp boleh..ada ckp xboleh…mcm2 jawapan pula…tq dato..

    1. boleh. bergantung pada keperluan. soalan tu pada ditukar, perlu ke tidak?

  5. dato.. ,sy nk tnya berat sy skrg da cecah 91.52kg …adkah skiping ssuai tuk sy…sbb stiap kali lps skiping lutut sy sakit sgt… & apakah jnis senaman yg ble dato syorkan pd sy ,,, tq

  6. apakah jnis senaman paling ssuai yg dato ble syorkan, tuk org artiritis
    (sakit sendi)…ehheeh ..*maaf klau slh ejaan* ,,, & adkah skiping ssuai tuk org pnghidap pnykit trsbt..
    …..tq2

      1. yup… thnx dato…, tq so much…..sbnrnya sy risau nk bersenam berat2 .. takut effect ..bila bnyk brjln/ jogging.. lutut akan sakit.. sy cb elakkan kaki dari bengkak.. xnk mkn ubat/ enject lagi .. :'( *by the way thnx tuk nasihat..sy sgt hargai*

  7. dato’ nk tya skit ar psai fungsi2 supplement ni..
    whey protien utk apa?protein blends?creatine?BCAA?
    sya mx maaf na off topik..ehehe

  8. Fazal Khan says:

    Salam Dato Khan.soalan sye lari topic skit tp pasal makanan juga..nak tanye seekor ayam inject berape kandungan protein ayam itu? dan seekor ayam kampung berapa kandungan protein die? terima kasih..

    1. secara average ayam inject mencecah 270 g protein seekor.. ayam kampung mungkin kurang skit tp x sure brapa

      1. Fazal Khan says:

        byk btul sumber protein dari ayam ni.ayam kampung kurang agak2 dlm berape gram protien Dato Khan? kire sehari mkn suku ayam pun dah dpt byk sumber protein.terima kasih byk2 Dato Khan.

        1. amik seekor ayam dengan 9 dada ayam lain. seekor ayam lemak agak tinggi. dada ayam paling kurang lemak.

          1. Fazal Khan says:

            ouh okay terima kasih Dato Khan.

          2. Fazal Khan says:

            Kalau ikan pulak byk tak sumber protein? Seekor ikan kembung contoh.berape kandungan protein dia Dato khan? ikan senangin? sbb saye lbih suka mcm ikan senangin.huhu.minta tlg Dato Khan.Terima kasih.

          3. secara average, ikan kembong yg besar dlm 15g protein. ikan senangin pun x byk beza dari tu, tp x sure data tepat

          4. Fazal Khan says:

            Terima kasih Dato Khan.

  9. dato’, kawan saya akn menyertai jamboree ber”mountain bicycle” 6 jam. for energy replenish blh makan protein bar x? camne nk pilih yg sesuai.
    tq

    1. powerbar ada liquid gel. boleh digunakan utk tingkatkan tenaga sementara. ada dijual dikebanyakn farmasi utama

      1. tq. da surf kat gnc punya website. mcm xde. cadang esok nak pegi jugak kat gnc melaka cari. any other option or suggestion dato’? incase betul2 xde.

  10. Salam Dato,
    Banyak soalan pasal makanan pedas di kaitkan dgn buasir. Saya cuma nak kongsi pengalaman.
    Punca buasir asalnya dari sebab masa buang air besar kita teran sekuat hati supaya ‘benda’ tu keluar. Kita teran sebab ‘dia’ dah keras. Bila kita teran, otot kat ‘bahagian tu’ membengkak. Tak sempat nak surut, kita teran lagi dua tiga hari lepas tu membuatkan yang bengkak tadi lama kelamaan jadi seketul daging yg dipanggil buasir.
    Makanan pedas akan melukakan bahagian dalaman usus termasuk bahagian buasir.
    Maknanya makanan pedas bukan penyebab buasir tapi akan memburukkan keadaan yg dah ada buasir.
    Banyak makan fiber akan menyebabkan najis lembut & mudah keluar tanpa meneran utk ‘dia’ keluar. Amalkan buang air besar setiap hari utk elakkan ‘benda’ tu mengeras hingga susah nak keluarkan.

  11. suindah md.pazel says:

    salam, Dato’
    saya memang peminat makanan pedas dan bercili..
    setakat ini tak mengganggu kesihatan saya..
    cuma nak tahu, apa pula kelebihan lada hitam @ lada sulah yang selalu di gunakan oleh ibu2 dalam pantang sebagai pengganti cili..
    adakah sama juga atau bagaimana..
    mohon penjelasan..
    terima kasih!

    1. ada beberapa benefit termasuk antioksidan, penghadaman, clearkan gas dlm sistem pencernaan, dll.

Leave a Reply to ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: