Nak Tahu 4 Jenis Supplement Ini Berguna Atau Tidak?

Tahun dah 2024, teknologi makin canggih, kemudahan pun dah dihujung jari. Dahulu pun, nak cari supplement tidaklah begitu mudah. Harga dahulu pun boleh tahan (sekarang pun sama, makin hari makin meningkat). Disebabkan ada lambakan jenis supplement, dan agak kerap juga keluar jenis supplement yang baharu (dengan dakwaan yang itulah supplement terbaik untuk tujuan sekian-sekian), ramai dah mula keliru dan meluat.
Saya tak mahu masuk tentang jenama supplement dan saya tak juga mahu menyentuh tentang supplement asas yang memang semua dah tahu berfungsi (seperti whey protein, creatine, dan preworkout). Cuma, ada beberapa supplement yang saya nak cuba berikan sedikit pandangan untuk membuka minda anda tentang kegunaan dan keperluan (atau pembaziran dengan pembeliannya).
Tapi, anda dah baca belum tentang akronim (kata singkatan) dalam dunia kecergasan yang anda ceburi ini?
Testosterone Booster
Untuk penerangan umum, daripada namanya sahaja kita dapat tahu produk sebegini dicipta dengan tujuan untuk membantu dalam meningkatkan kadar rembesan testosterone (hormon kelelakian anda), samada secara terus atau sebagai perangsang sahaja.
Tapi, sahajalah saya nak tanya, adakah anda kira dadah sukan seperti testosterone enanthe juga sebagai testosterone booster? Ia juga meningkatkan bacaan kadar hormon anda. Sahajalah saya bertanya, cuba komen jawapan anda di bawah.
Kembali kepada tajuk, ramai menggunakan testosterone booster dengan harapan akan terus berasa seperti Superman dalam sehari-dua penggunaan. Sahabat, tak semudah begitu!
Selepas penggunaan testosterone booster, apa yng anda mungkin akan rasa adalah kenaikan tenaga, fokus, mudah berasa nak marah (atau sedikit agresif), dan mungkin susah nak tidur sedikit (sebab ada lebihan tenaga). Tak lupa juga, mungkin “nak” selalu. Jangan hairan kalau anda tak rasa apa-apa langsung, kerana itu juga biasa berlaku.
Dari segi latihan pula, anda akan berasa lebih kuat. Bukanlah kuat yang ketra, tapi anda boleh rasalah bezanya dari segi tenaga dan kebolehan untuk bertahan lebih lama atau mengangkat lebih berat. Anda juga akan dapati sesi latihan anda lebih “syok” daripada biasa. Sakit-sakit badan pun, anda masih boleh berlatih dengan penuh semangat.
Cuma, berjaga-jaga dengan produk testosterone booster yang tidak telus. Pernah juga ada dalam pasaran produk yang dicampur dengan ubat-ubatan yang boleh mengganggu rembesan hormon anda secara semulajadi untuk seketika. Cuba selidik dahulu produk yang anda ingin guna sebelum anda membeli. Kalau saya sendiri, cukuplah saya guna yang ini sebab ia merupakan ekstrak tongkat ali yang tulen sahaja.
Ejen Termogenik
Kategori in melibakan supplement yang dikira antara terbanyak dicari di pasaran sekarang, iaitu pembakar lemak. Supplement sebegini dicipta dengan tujuan untuk membantu meningkatkan tahap pembakaran anda, mengawal nafsu makan, mengurangkan selera makan, dan meningkatkan tenaga supaya anda lebih aktif dan boleh membakar lebih banyak kalori. Dua bahan utama dalama kebanyakan pembakar lemak ialah kafein dan l-carnitine.
Kafein adalah peransang untuk berikan anda lebih “kick” dalam latihan. Nak bagi celik biji mata, inilah yang orang cari. Dan, ia juga didapati dalam kopi. Sebab itu, ramai kena (dah macam wajib) minum kopi setiap pagi untuk berfungsi sebagai manusia normal.
L-carnitine pula adalah sejenis asid amino yang membantu dalam mempercepatkan pembakaran dengan cara membantu untuk menukarkan lemak menjadi tenaga. Ia biasa datang dalam bentuk serbuk dan ceair. Ada juga yang mengambil jenis suntikan untuk l-carnitine. Tahu atau tidak, yang jenis suntikan lebih mudah diserap dan digunakan berbanding yang diambil secar oral?
Selepas 30-45 minit penggunaan supplement ini, anda akan mula rasa kesannya pada badan anda. Mulalah rasa sedikit panas badan, berpeluh, tenaga mula naik, dan semangat dia mula datang. Intensiti latihan anda akan meningkat membolehkan anda untuk membakar lebih banyak kalori daripada biasa.
Dengan latihan dan pemakanan yang cantik, anda akan nampak pengurangan peratus lemak badan yang jelas selepas beberapa minggu. Pembakar lemak memang membantu untuk menurunkan peratusan lemak anda tetapi gunakannya dengan berhemah.
Pengganti Makanan
Supplement pengganti makanan yang dijuga disebut sebagai MRP (meal replacement protein) biasa dibeli dan dipakai oleh golongan wanita. MRP dikatakan antara supplement paling mujarab dan perlu ada (dikatakanlah) untuk menurunkan berat badan. Hakikatnya, MRP hanyalah sejenis makanan juga, sama macam protein lain, dan sama macam makanan harian anda.
Apa yang anda akan rasa pada badan anda apabila anda gunakan MRP? Macam tak ada apa-apa perbezaan ketara pun. Sebab macam saya katakan, ia sama dengan makanan. Ia diciptakan untuk memudahkan anda mendapatkan makanan.
Kalau anda ada tukang masak peribadi yang boleh masakkan 5-6 kali sehari, mungkin anda tak rasa fungsi MRP dalam kehidupan anda. Saya tak ada tukang masak, saya ada isteri. Itu pun tak dapat nak masak 5-6 kali sehari juga, jadi saya gunakan MRP untuk memudahkan penyediaan makanan bagi mencukupkan keperluan kalori dan protein harian.
Saya memang gunakan MRP untuk bantu mengawal kemasukan kalori saya. Dulu, saya gantikan makan pagi dan makan malam saya dengan MRP. Disulamkan bersama dengan latihan dan penjagaan makan rapi, saya mampu turunkan daripada 88kg kepada 69kg.
Pengisi Isipadu Sel
Dekat supplement, mungkin anda pernah terbaca bahan-bahan yang dilabelkan sebagai “cell volumizer”. Maksudnya, bahan tersebut dicipta untuk meningkatkan isipadu sel otot anda. Bahan utama biasanya ialah creatine. Anda dah pernah guna creatine?
Supplement creatine digunakan untuk meningkatkan tahap tenaga anda untuk anda mengangkat bebanan dengan lebih banyak ulangan. Ia dikira sebagai supplement paling murah tapi paling berkesan (dan patut diguna) untuk semua atlit atau penggemar kecergasan.
Anda boleh cuba cara “loading phase” apabila menggunakan creatine (iaitu mengambil 20-25g creatine sehari untuk 5 hari berturut-turut) untuk mempercepatkan kepekatan creatine dalam badan. Atau, anda tak perlu buat “loading phase” dan hanya ambil 5g creatine setiap hari. Dua-dua memberikan kesan dan membawa kepada destinasi yang sama.
Kalau anda buat “loading phase”, anda akan rasa badan anda kembang sedikit selepas 4-5 hari penggunaan. Jika tidak, anda akan rasa kesan yang sama lebih kurang dalam 3-4 minggu selepas penggunaan creatine (5g setiap hari).
Anda Nak Guna Supplement Yang Mana?
Terpulang pada anda nak pakai yang mana atau nak pakai kesemuanya. Benda paling penting anda kena nilai dahulu ialah, adakah anda mampu untuk membeli supplement tersebut tanpa mengetepikan kewajipan yang lain. Jangan sampai anda tak beli lampin anak semata-mata nak beli creatine untuk bina otot.