Okey Tak Kalau Bagi Kanak-kanak Angkat Berat?

Secara asasnya, bersenam adalah amat baik untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersenam akan menjadi lebih sihat dan cerdas. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak yang bersenam adalah lebih baik dari segi akademik di dalam kelas.

Akan tetapi, timbul persoalan, bagaimana pula dengan angkat berat?

Jacob Rivera, seorang pakar kekuatan bagi kesihatan kanak-kanak menasihatkan agar kanak-kanak digalakkan untuk angkat berat dalam erti kata melatih otot, bukan memaksudkan untuk bina badan, menjadi orang kuat dan sebagainya. Tetapi, lebih kepada melatih otot.

Kursus Kecergasan 2024

Athletes, parents and coaches should shift their focus from weight lifting to a more well-rounded strength-training program.. – Jacob Rivera

Atas sebab ini, pakar menggariskan beberapa salah faham tentang angkat berat dalam kalangan kanak-kanak.

  • Angkat berat atau latihan beban adalah hanya merangkumi aktiviti mengangkat beban di gim

Ini adalah salah satu salah faham. Sebenarnya, senaman seperti tekan tubi dan squat yang hanya melibatkan badan sendiri sebagai beban juga termasuk dalam konsep mengangkat berat atau latihan beban.

Kita melatih otot kita dengan berbagai-bagai cara, bukan dengan mengangkat beban di gim semata-mata.

  • Angkat berat boleh menghalang tumbesaran kanak-kanak

Pernyataan ini adalah tidak benar sama sekali, tambah pula kenyataan ini tidak disokong dengan mana-mana bukti saintifik. Angkat berat tidak akan mengganggu tumbesaran kanak-kanak, malah menguatkan lagi tulang mereka agar menjadi lebih sihat dan sejahtera.

Maka, apakah sebenarnya manfaat angkat berat kepada kanak-kanak?

Menghalang obesiti

Kadang-kadang, oleh kerana ibu bapa banyak memberi makan kepada anak-anaknya, mereka akan menjadi terlampau besar sehingga terlampau tinggi berat badannya. Keadaan yang tidak normal begini boleh menjemput obesiti dan ini akan membahayakan kesihatan kanak-kanak.

Jadi, untuk menghalang perkara tersebut berlaku, bolehlah digalakkan kepada kanak-kanak untuk mengangkat berat. Tidak perlu yang terlalu berat seperti ingin bertanding dalam sukan orang kuat, cukuplah sekadar memanaskan badan dan mengeluarkan peluh.

Mengelakkan kecederaan

Ini juga teraplikasi untuk orang dewasa. Otot yang kuat akan melindungi tulang dan sendi daripada kecederaan. Jadi, penting untuk menguatkan otot.

Didik anak-anak supaya seronok dengan bersenam

Kalau kita hendak mengajar anak-anak tentang kebaikan bersenam atau angkat berat dari sudut kesihatan tubuh, kemungkinan mereka sukar untuk faham. Jadi, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak bersenam dalam keadaan bermain atau berseronok.

Kanak-kanak yang mendapati suatu aktiviti itu menyeronokkan akan pasti konsisten melakukannya. Jadi, umpama menembak dua burung dengan satu das tembakan.

Jangan berat-berat, cukup melatih teknik

Tak perlulah melatih kanak-kanak dengan beban yang berat-berat, cukuplah dengan melatih teknik sahaja agar setiap otot mereka berkembangan dengan saksama.

Yang menjadi bahaya untuk mereka adalah bilamana kita latih mereka mengangkat berat sepertimana orang dewasa seperti memandang penting terhadap ansur maju dan sebagainya. Untuk kanak-kanak, tak perlu! Cukup dengan mengeluarkan peluh dengan beban yang minimum.

Tulang mereka belum padu lagi untuk menahan beban yang sangat berat. Jadi, cukup dengan yang ringan-ringan sahaja. Selamat untuk tulang mereka.

Kesimpulan

Menurut satu kajian yang berdasarkan sorotan kajian-kajian terdahulu, didapati angkat berat adalah selamat untuk kanak-kanak, tetapi mereka perlu mempunyai program latihan yang tersendiri. Tidak boleh disamakan dengan orang dewasa.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: