Pempengaruh Bina Badan Mati Dihempap Barbell
Ahli bina badan Indonesia juga seorang pempengaruh media sosial, Justyn Vicky mati pada usia 33 tahun akibat kesilapan semasa melakukan senaman squat, 210kg,
Justyn Vicky ketika itu berlatih di gim The Paradise Bali pada 15 Julai 2023. Selepas kemalangan ngeri itu, Justyn di bawa ke hospital. Lehernya patah, menekan saraf yang menekan sambungan ke jantung dan paru-paru. Beliau mati sejurus selepas pembedahan kecemasan.
Sebagai seorang ‘spotter’, anda kena pandai main peranan di sini. Dalam senaman squat, spotter sepatutnya jaga di posisi pinggang, jika tetap gagal, tarik barbell ke belakang. Jatuhkan di belakang badan.
Pin keselamatan perlu di pasang. Jangan sesekali angkat berat tanpa pin keselamatan. Sekiranya gagal jatuhkan atas pin. Jangan sesekali cuba jatuhkan barbell ke hadapan.
Cara Beri Sokongan Squat





