Jadi Lebih Kuat dengan Kaedah Pyramid Set, Ini Cara-caranya

Latihan kaedah pyramid set dapat meningkatkan kekuatan otot dengan signifikan
Apabila kita melakukan latihan beban, biasanya kita gunakan kaedah dynamic set, yakni satu set dengan beban tertentu, sampailah kepada set yang terakhir, mungkin set yang keempat, kelima atau keenam.
Ini sudah klise. Setiap orang yang baru mula pergi ke gim, akan belajar kaedah ini.
Baik, ada satu kaedah yang lebih menyeronokkan dan juga dapat menambah kekuatan otot kita.
Anda seorang powerlifter? Weightlifter? Strongman? Atau mana-mana atlet yang melibatkan kekuatan otot?
Gunakan kaedah pyramid set!
Pyramid set ialah kaedah yang kita mula melakukan latihan beban dengan beban ringan dan banyak kali, set kedua kita naikkan berat beban itu dengan rep yang kurang berbanding set tadi, akhirnya set ketiga beban paling berat dengan rep paling kurang.
Faham?
Lebih kurang macam ini:
- Set 1: 15 rep x 15kg
- Set 2: 10 rep x 20kg
- Set 3: 5 rep x 25kg
Makin naik berat beban tersebut, makin rendah rep yang dilakukan.
Pyramid set merupakan kaedah yang universal. Ia dapat meningkat hipertrofi, kekuatan atau strength dan juga sedikit endurance kerana kita mula dengan rep tinggi.
Rep yang tinggi atau banyak ini selalu dikaitkan dengan endurance.
Rujukan
- How to Use Pyramid Sets to Build Strength and Spice Up Your Workouts. https://www.shape.com/fitness/workouts/strength-training/pyramid-sets