Senaman Kardio VS Senaman Bebanan: Pilih Yang Mana?
Senaman Kardio
Definisi
Senaman kardio merujuk kepada 1 episod pergerakkan seluruh badan yang menyebabkan kita bernafas dengan lebih laju atau meningkatkan degup jantung (mengikut intensiti) kerana sistem kardio (jantung, paru-paru, sistem peredaran darah) bekerja lebih tinggi dari kadar rehat. Senaman ini telah menunjukkan kesan yang amat baik pada jantung. Individu yang melakukan aktiviti kardio dapat adaptasi latihan dengan menunjukkan kadar denyutan jantung berehat yang lebih rendah dan hipertrofi jantung.
Matlamat
1- Peningkatan Kekuatan Jantung dan Paru-paru
Salah satu sasaran utama senaman kardio adalah meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Ini membantu meningkatkan kekuatan jantung dan kapasiti paru-paru anda, membolehkan anda mempunyai stamina dan ketahanan jantung.
2- Pembakaran Kalori dan Penurunan Berat Badan
Senaman kardio adalah cara yang baik untuk membakar kalori. Satu-satunya cara untuk menurunkan berat adalah dengan defisit kalori. Apabila dilakukan senaman kardio secara konsisten disertakan dengan penjagaan kalori, ia membantu dalam pengurangan lemak badan dan penurunan berat badan.
3- Meningkatkan Daya Tahan
Melakukan senaman kardio secara berterusan membantu meningkatkan daya tahan tubuh anda. Ia membantu dalam melakukan aktiviti dalam tempoh yang lebih panjang dan anda tidak cepat letih.
4- Kesejahteraan Emosi dan Kesihatan Mental
Senaman kardio juga dikenali dapat meningkatkan mood dan kesejahteraan emosi. Ia membantu mengurangkan stres dan keletihan, meningkatkan endorfin dan penurunan kortiosol, yang membawa kepada perasaan yang lebih baik secara keseluruhan.
Senaman Bebanan
Definisi
Latihan rintangan ialah istilah kolektif yang merujuk kepada aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan progresif pelbagai beban rintangan, halaju pergerakan yang berbeza dan pelbagai kaedah latihan. Ini melibatkan penggunaan beban seperti berat badan, dumbbell, barbel, atau mesin berat untuk melatih kekuatan otot. Bebanan ini digunakan untuk mencipta rintangan bagi otot-otot anda, menyebabkan otot-otot itu menjadi lebih kuat dan lebih besar.
Matlamat
1- Peningkatan Kekuatan
Sasaran utama senaman bebanan adalah meningkatkan kekuatan otot. Dengan menggunakan otot-otot dalam latihan yang melibatkan beban, anda membantu meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot-otot tersebut. Munurut kajian latihan rintangan telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kekuatan dan kuasa (power)otot.
2- Pembinaan Otot
Senaman bebanan membantu membentuk otot dengan memperbesarkan dan memperbaiki tisu otot. Ini tidak hanya penting untuk kekuatan fizikal tetapi juga membantu dalam membentuk bentuk badan.
Senaman bebanan membantu meningkatkan kadar metabolisma basal anda. Semakin banyak otot yang anda miliki, semakin banyak kalori yang dibakar dalam keadaan rehat, ia amat membantu dalam penurunan berat badan dan pengawalan berat badan.
4- Membantu Keseimbangan Badan dan Keketahanan Otot
Latihan bebanan juga membantu meningkatkan keseimbangan, keketahanan, dan keanjalan otot. Ini dapat membantu mencegah kecederaan dan meningkatkan keupayaan harian anda.
Rutin
- Squat
- Bench press
- Deadlift
- Bent over row
- Shoulder press
- Hip thrust
- Calf raises
- Bicep curl
- Tricep extension
KESIMPULAN
Senaman kardio untuk nafkah jantung manakala senaman bebanan untuk nafkah otot. Lakukan kedua-duanya untuk mendapatkan manfaat yang lebih besar , badan yang kuat dan kesihatan yang cemerlang.
RUJUKAN
- Cardiovascular Effects and Benefits of Exercise, PMID: 30324108
- Aerobic vs anaerobic exercise training effects on the cardiovascular system, PMID: 28289526
- Resistance training is medicine: effects of strength training on health, PMID: 22777332
- Comparison of Weightlifting, Traditional Resistance Training and Plyometrics on Strength, Power and Speed: A Systematic Review with Meta-Analysis, PMID: 35025093





