Senaman Ketika Hamil- Adakah Selamat Untuk Dilakukan

Seolah-olah telah menjadi kepercayaan dan pantang larang untuk semua ibu hamil agar mengurangkan aktiviti dan perlu makan banyak. Bayangkan dalam tempoh 9 bulan, kita hanya duduk berehat di sofa dan makan untuk 2 orang, apa yang terjadi? Berat badan akan naik mendadak dan akan menemui kesukaran untuk turunkan berat selepas bersalin. Masyarakat kita masih belum didedahkan tentang manfaat bergerak aktif dan kekal bersenam sepanjang kehamilan.

Kursus Kecergasan 2025

Obesiti dan penambahan berat badan yang berlebihan semasa mengandung adalah masalah yang semakin meningkat, memberikan risiko kesihatan yang teruk untuk ibu dan janin. Bersenam boleh membantu memerangi masalah  ini.

Manfaat senaman untuk kehamilan

Senaman sebenarnya memberi banyak manfaat serta akan membantu anda melalui kehamilan dan kelahiran dengan lebih baik. Antaranya adalah :

1- Meningkatkan kesihatan ibu

Senaman semasa mengandung telah terbukti dapat mengurangkan risiko kencing manis semasa mengandung, preeklampsia, bersalin secara cesarean, sakit pinggang, makrosomia dan inkontinen urin.

2- Senaman dapat membantu banyak ketidakselesaan ketika hamil

Seperti sembelit, bantu untuk dapatkan tidur yang lena, mengelakkan kaki bengkak, meningkatkan tenaga dan stamina ibu.

3- Menyediakan badan untyk proses kelahiran,

Memudahkan proses kelahiran dan mencepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

4- Mempunyai otot yang kuat

Termasuk otot teras dan otot lantai pelvik yang dapat mengurangkan risiko uterus jatuh dan diastasis recti abdominis, yang akan bantu proses kelahiran.

5- Membantu mengawal berat badan ibu

Agar dalam kenaikan berat badan dalam julat normal.

6- Kesihatan mental ibu

Mengurangkan stress dan memberikan ketenangan pada ibu.

7 -kesejahteraan anak dalam kandungan

.

Keadaan ibu yang dilarang bersenam

Anda tidak perlu mengelak daripada bersenam sepanjang melainkan anda mempunyai nasihat perubatan khusus yang memberitahu anda untuk tidak melakukan apa-apa. Dalam beberapa keadaan kesihatan, anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

  1. Ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya
  2. Kandungan kembar yang mempunyai potensi untuk bersalin awal
  3. Placenta previa dan mengalami pendarahan ketika hamil.
  4. Anemia yang teruk
  5. Cervical Insufficiency dan membuat cerclage

Bila boleh bermula?

Tiada masalah untuk bermula pada bila masa walaupun seawal trimester pertama.

Rutin yang perlu dielakkan

  1. Berintensiti tinggi seperti HIIT, Tabata, larian pecut atau larian berjeda.
  2.  Pylometrik atau melompat
  3. Aktiviti yang kebarangkalian terjatuh seperti memanjat atau mendaki
  4. Bersukan yang ada kemungkinan tersentuh atau ditolak

RUJUKAN

  1. Pregnancy And Exercise, NBK430821

  2. Resistance training during pregnancy and perinatal outcomes,PMID: 23962890
  3. Recommendations Regarding Exercise During Pregnancy Made by Private/Small Group Practice Obstetricians in the USA, PMID: 24353463
  4. Exercise During Pregnancy: Obstetricians’ Beliefs and Recommendations Compared to American Congress of Obstetricians and Gynecologists’ 2015 Guidelines, PMID: 30410829
  5. Clinical Practice Guideline: American Congress of Obstetricians and Gynecologists- Physical Activity and Exercise During Pregnancy and the Postpartum Period

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: