Strategi Membina Badan Dengan Powerlifting

Memasukkan fasa latihan kekuatan ke dalam latihan bina badan mampu memberikan penambahan saiz otot sebagai dividen selagi mana anda tidak fikirkan ia sebagai jalan pintas. Ramai yang berpegang teguh dengan prinsip membina otot menggunakan beban ringan, walhal dengan berlatih menggunakan beban yang berat, anda lebih menstimulasikan sel-sel otot anda untuk membesar!

Aiman Radzi - Strategi Membina Badan Dengan Powerlifting

Mereka yang ingin membina saiz badan pasti sentiasa mahu otot mereka untuk terus membesar setiap tahun, jika boleh, setiap hari. Jadi, kita mulakan dengan menolak tepi latihan beban rendah dan mula masukkan latihan kekuatan ke dalam rutin anda. Fokus kita adalah untuk membina kekuatan maksimum!

Memang berbeza dengan cara yang biasa dilakukan penggemar gym, tapi itulah yang kita cuba ubah.

Tahukah anda, pemenang lapan-kali Mr. Olympia, Ronnie Coleman, dahulunya bertanding dalam dunia powerlifting sebelum menjejakkan kaki ke pentas bina badan. Arnold Schwarzenegger juga memulakan langkahnya sebagai seorang atlit kekuatan sebelum menjadi ahli bina badan terkemuka di dunia sehingga kini. Mentornya, Reg Park, sangat disegani rata-rata atlit pada zamannya kerana menjadi salah seorang individu yang pertama kali mampu bench press seberat 500lbs!

Powerlifting, harus diakui, mampu membawa kebolehan anda untuk membina tubuh yang mentap ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun anda tidak berhasrat untuk memasuki pertandingan bina badan, gaya latihan powerlifting sememangnya memberika 1001 manfaat untuk anda!

Apa kata kita lihat beberapa strategi yang anda boleh masukkan ke dalam latihan anda:

Kursus Kecergasan 2024

1- Berlatih Secara Mentah

Maksud mentah di sini ialah tanpa menggunakan suit semasa berlatih. Sejak tahun 2006, atlit powerlifting ramai memakai pakaian istimewa dan khas untuk membantu angkatan mereka, dan pakaian ini mampu meningkatkan kekuatan mereka, kadang-kadang sehingga dua kali ganda! Berlatih secara mentah pula adalah dengan hanya menggunakan tali pinggang dan balutan tali.

Bench Press

Lihat sahaja atlit-alit elit dalam dunia powerlifting seperti Al Davis dan Eric Liliebridge, badan mereka umpama ahli bina badan di luar musim. Dengan berat badan melebihi 300lbs, mereka mempunyai tubuh badan yang sangat besar! Ini adalah hasil daripada latihan kekuatan dan juga latihan secara mentah ataupun raw.

2- Lakukan Deadlift Konvensional

Dalam dunia powerlifting, kebiasannya para atlit akan menggunakan stance yang luas untuk deadlift, atau nama laim, deadlift sumo. Dengan cara ini, mereka berjaya mengurangkan julat pergerakan dan ini memudahkan angkatan.

Tiada salah dalam menggunakan cara ini, tetapi jika anda berniat untuk membina badan dan meningkatkan kekuatan maksimum, apa kata anda berlatih deadlift menggunakan cara konvensional? Julat pergerakan yang tinggi bermakna anda mengerahkan lebih tenaga, dan kerahan ini turut bermaksud otot-otot anda bekerja lebih banyak dan keras. Apa yang berlaku ialah anda meningkatkan time-under-tension (TUT) sekaligus memberi lebih stimulasi untuk membesar!

Arnold Deadlift

Tujuan anda menggunakan teknik-tenik atau gaya latihan powerlifting adalah untuk meningkatkan kekuatan supaya anda dapat menambahkan lagi respon rangsangan untuk hipertropi. Sememangnya dengan mengangkat secara sumo memudahkan gerakan mekanikal dan meningkatkan daya angkatan, tetapi anda bukan sekadar mahu menjadi kuat, malah menjadi besar dan berotot.

Ronnie Coleman dan Arnold Schwarzenegger mampu deadlift dengan beban yang sangat tinggi, dan mereka menggunakan gaya konvensional.

3- Kekalkan Dengan Berat Badan Tinggi

Bukan maksud saya supaya anda naikkan berat badan sehingga dikategorikan sebagai obesiti, tetapi kekalkan dalam keadaan saiz badan besar. Latihan dengan gaya powerlifting mampu menambah saiz bulk anda, seiring dengan pemakanan yang bersesuaian dan isipadu latihan yang bertepatan. Apabila saiz badan anda besar, macam-macam menjadi lebih senang! Anda akan lebih senang untuk melakukan bench press, lebih mudah untuk squat, dan lebih bersemangat untuk deadlift.

Eric Liliebridge

Latihan kekuatan memerlukan pengambilan kalori yang tinggi, sangat selari dengan gaya bulking ahli bina badan. Disebabkan anda berlatih dengan beban berat, anda turut melatih gentian-gentian otot yang bersaiz lebih besar berbanding latihan skema-rep tinggi yang bertujuan untuk ketahanan, bukan kekuatan. Kekal dengan saiz besar, lama-kelamaan lemak di badan akan terbakar secara perlahan-lahan!

4- Utamakan Barbell Sebelum Dumbbell

Ada sebab mengapa barbell digelar raja untuk senaman kekuatan dan dumbbell mendapat tempat sebagai permaisuri. Kalau anda perasan, ramai atlit powerlifting hanya akan berlatih menggunakan barbell, dan teliti lebih dalam, mereka hanya berlatih tiga gerakan utama tersebut iaitu squatbench press, dan deadlift.

Adakah saya suruh anda berlatih menggunakan tiga gerakan ini sahaja dan meninggalkan dumbbell? Tidak!

Utamakan Barbell

Saya kata ramai atlit, bukan semua. Pastinya yang lebih berpengalaman turut akan berlatih untuk merangsang hipertropi kerana dengan menambah saiz otot, anda meluaskan lagi potensi untuk menjadi lebih kuat. Maka, utamakan senaman menggunakan corak pergerakan utama, dan latih juga menggunakan senaman-senaman isolasi untuk menambahkan lagi isipadu latihan.

Cuma, anda harus beringat bahawa senaman menggunakan dumbbell memerlukan lebih banyak keupayaan stabilisasi, dan mereka yang hanya berlatih dengan barbell pasti akan kekok apabila beralih kepada dumbbell. Sebab itulah kunci katanya adalah “utamakan” dan bukannya “lakukan hanya”. Kuat di barbell belum bermakna kuat di dumbbell, tapi kuat di dumbbell boleh jadi kuat juga di barbell, cuma utamakan barbell atas dasar ia lebih senang untuk dimajukan.

Kini, anda sudah tahu beberapa strategi terbaik untuk fasa menaikkan saiz otot anda, pastikan anda guna tip-tip untuk untuk memaksimakan pertumbuhan otot! Powerlifting, jika diadaptasikan dengan baik, bakal menjadi pilihan yang paling berkesan buat diri anda.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

2 thoughts on “Strategi Membina Badan Dengan Powerlifting

    1. Terima kasih atas sokongan yang diberikan! Amat dialu-alukan juga kalau ada sebarang cadangan topik atau penambahbaikan yang boleh dibuat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: