Tambah Saiz Zakar – Adakah Ianya Berkesan?

Merata tempat kita tengok iklan membesarkan zakar atau pelir atau dalam bahasa sainsnya penis, daripada pam, pil, senaman, pembedahan dan sebagainya. Adakahnya ianya berkesan?

Menurut data daripada laman worlddata, Malaysia berada di kedudukan ke 9 terkecil dengan purata 4.52 inci. Cambodia di tempat pertama dengan purata 3.95 inci. Manakala terpanjang di Ecuador dengan purata 6.93 inci.

Perasaan takut dengan saiz penis kecil hingga tak dapat memuaskan pasangan adalah normal. Akan tetapi tanpa sedar, kebanyakan sebenarnya memiliki saiz yang tipikal. Mereka yang rasa rendah diri, mungkin juga berdepan masalah yang dipanggil dismorfia badan.

Kursus Kecergasan 2021 

Walau bagaimana pun, mungkin ada sebahagian daripada kita berdepan masalah yang dipanggil micropenis. 6 daripada 1000 lelaki mungkin ada masalah ini, di mananya kepanjangannya kurang daripada 2.8 inci. Ia mungkin disebabkan ketika lahir, dia tidak mendapat testosteron mencukupi. Ada juga dengan penyakit yang dipanggil peyronie, ada tisu yang terbina di atas zakar. Lelaki gemuk juga mungkin ada masalah penis pendek ini disebabkan terlalu tebal lemak sehingga menutupi bahagian kemaluannya.

Pelbagai kaedah dicadangkan termasuk;

Pam Vakum – ia mengepam darah ke bahagian penis, menyebabkan ia bengkak. Biasanya digunakan untuk merawat eretile dysfunction. Ia buatkannya besar sementara. Apabila guna terlalu lama, ada kemungkinan boleh rosakkan tisu elastik di penis. Ada juga yang guna jenis cincin.

Pemberat Penis – Satu pemberat diikat di bahagian zakar untuk meregangkannya. Terapi tarikan ini boleh tambah sekitar 2 cm kepanjangnya. Ia digunakan sebagai terapi awal penyakit peyronie.

Senaman Penis, Jelqing Ia adalah senaman menarik zakar menggunakan jari semasa ianya tidak tegang. Ada beberapa kajian kecil melaporkan penambahan saiz 0.5 hingga 2 inci menggunakan kaedah regangan atau menggunakan alatan. Ia perlu dilakukan sekurang-kurang 4 hingga 6 jam sehari beberapa bulan untuk nampak hasilnya. Banyak lagi kajian perlu dibuat untuk pastikan ianya selamat.

Produk Pil, Krim – Juga tiada bukti ianya berkesan.

Pembedahan – Ada pembedahan yang dipanggil pre-formedpenile silicone block (Penuma). Ia menambah silikon di bawah kulit supaya jadi lebih tebal.

Cucuk – Ada juga kaedah cucuk lemak. Hasilnya mungkin mengecewakan. Ia mungkin akan merebak ke tempat lain dan bukan berkumpul di satu tempat. Adakalanya menyebabkan penis berubah rupa dan menakutkan. Ada juga yang guna bahan lain selain lemak seperti synthol dan sebagainya. Lebih banyak kesan buruk daripada kebaikan seperti hilang sensasi seksual dan sebagainya.

Jika anda tidak gembira dengan saiz zakar anda, lebih baik atur temujanji dengan terapi seks sebelum mencuba pelbagai pil dan kaedah lain. Masalah tidak yakin ini timbul mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk tabiat menonton pornografi, membanding saiz dengan orang lain dan sebagainya.

Sado 3 Hari

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: