Senaman Six Pack Untuk Wanita Jul30

Kongsi

Senaman Six Pack Untuk Wanita

*Entri ditulis oleh Harr.

Aiman Radzi - Senaman Six Pack Untuk Wanita

Siapa kata wanita tidak boleh ada six pack? Bahkan, six pack membuatkan tubuh kelihatan langsing dan menawan. Adalah diingatkan setiap latihan memerlukan disiplin yang tinggi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Kursus Kecergasan 2017Latihan Yang Bakal Anda Tempuh

1- Senaman Bicycle

Senaman Bicycle

  • Baring telentang di atas lantai.
  • Angkat kaki ke atas dan gerakkan seperti sedang mengayuh basikal.
  • Letakkan tangan di belakang kepala dan sentuh kaki secara bersilang dengan siku.
  • Buat selama 1 minit dan rehat 1 minit. Ini adalah satu set.
  • Ulang sebanyak 5 set.

 

2- Senaman Sit-up

Crunches

  • Baring telentang di atas lantai
  • Lutut dibengkokkan sedikit.
  • Silangkan tangan pada dada.
  • Angkat bahu dari posisi telentang tersebut.
  • Anda kena bayangkan seperti hendak menyentuh dada ke siling.
  • Buat selama 1 minit dan rehat 1 minit. Ini adalah satu set.
  • Ulang sebanyak 5 set.

 

3- Senaman Plank

Plank

Latihan plank merupakan latihan yang paling mudah untuk memberikan kesan yang besar pada pembentukan otot perut.

 

  • Tubuh di posisi meniarap.
  • Tahan badan anda menggunakan siku
  • Pastikan tubuh anda selurus mungkin mengikut kemampuan.
  • Kepala perlu pandang ke lantai.
  • Jangan jatuhkan punggung dan keraskan perut sepanjang senaman.
  • Tahan posisi tersebut selama mana anda boleh.
  • Ulang lagi untuk beberapa set.

 

4- Latihan Kardio (Berjogging)

Jogging

  • Satu hari seminggu untuk 40-60 minit sudah mencukupi.
  • Latihan ini bagus untuk jantung yang sihat dan juga untuk membakar kalori.
  • Pastikan juga untuk minum air yang mencukupi supaya tidak mengalami dehidrasi.
Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube