1 Set Sahaja Untuk 1 Workout Aug29

Kongsi

1 Set Sahaja Untuk 1 Workout

Sebelum apa-apa, saya nak beri amaran siap-siap kerana entri kali ini semestinya akan bercanggah dengan fahaman latihan yang dah sebati dengan masyarakat kecergasan sekarang. Tidaklah saya kata cara ini merupakan cara yang terbaik, tetapi merupakan salah satu cara latihan yang juga efektif untuk membina otot seperti teknik latihan lain. Apa yang penting ialah konsisten dengan intensiti yang betul bagi diri anda sendiri.

 

Kembali kepada topik entri kita hari ini, saya nak kongsikan satu teknik latihan di mana anda hanya buat 1 set sahaja bagi senaman anda untuk sebarang latihan. Ya, anda hanya kena buat 1 set sahaja bagi sesuatu senaman yang anda buat dan jika dengan 1 senaman tersebut dah mencukupi, anda dah tak perlu buat variasi senaman yang lain. Tetapi, cara ini ada kelebihan dan kekurangannya. Jika anda tidak lakukan dengan betul, maka anda tidak akan dapat hasilnya.

Kursus Kecergasan 2020

3 Set VS 1 set

Kalau anda kena pilih, anda nak buat yang mana? 10 rep sebanyak 3 set ataupun anda nak buat 15-20 rep dalam 1 set? Itu bergantung masing-masing, tetapi saya nak anda cuba fikirkan tentang sesuatu. Jika anda buat 10 rep sebanyak 3 set, pastikah anda yang pada set terakhir, anda betul-betul hanya boleh buat 10 rep sahaja? Kemungkinan besar anda boleh buat lebih lagi. Kebiasaannya, jika anda boleh buat 10 rep sebanyak 3-4 set, maksudnya anda boleh buat 15-20 rep menggunakan bebanan yang sama untuk 1 set. Itu yang anda boleh paksa badan anda untuk buat jika anda betul-betul push diri anda.

 

Masuk akal atau tidak, kenapa nak buat 3-4 set kalau anda boleh habiskan dalam 1-2 set? Itu maksudnya anda menggunakan intensiti yang betul. Kebanyakan daripada kita berlatih kurang daripada intensiti yang optimum (dengan badan masing-masing) untuk mendapatkan hasil terbaik. Tidak hairanlah tak semua orang boleh jadi jaguh dalam sukan ini. Kerana apa? Nak paksa diri buat 15-20 rep yang sangat susah tidak menjadi kegemaran orang. Sebaliknya, orang lebih selesa pisahkan isipadu latihan kepada banyak set supaya anda tidak perlu push 102% setiap set.

 

Siapa Sesuai Guna Cara Ini?

Bagi saya, jika anda dah berpengalaman dan mempunyai kekuatan asas yang baik serta teknik yang bagus dalam senaman, anda boleh amalkan teknik begini untuk setiap sesi latihan anda. Konsepnya, hentam sehingga penat, dan apabila dah penat 102% baru pulang ke rumah. Tetapi, tak semua orang boleh tahan dengan latihan begini kalau nak buat setiap kali pergi ke gym. Ia sangat memenatkan dan susah berbanding latihan biasa. Jadi, saya cadangkan jika anda nak cuba push diri anda begini, cuba buat sekali seminggu dahulu. Ataupun, jika anda kesuntukan masa di gym, anda boleh cuba cara ini untuk sesi semasa anda.

 

Paling penting sekali ialah anda perlu pastikan keselamatan anda kerana jika anda nak push diri anda 102%, anda kena siap sedia dengan sebarang kemungkinan. Apabila badan anda keletihan, diri anda lebih cenderung untuk tersilap langkah dan tercedera. Jadi, siapkan latihan anda dengan cara yang paling selamat. Jika anda tiada rakan selatihan, gunakan mesin seperti Smith maching dan juga mesin Hammer Strength. Kalau anda dah push sehingga tak mampu, anda boleh lepaskan sahaja bebanan tersebut.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook