Wanita: Mudah Pecah, Kendalikan Dengan Cermat

Susuk tubuh wanita anthropometrik – fisiologi antara punca wanita mudah cedera dan mudah sakit. Wanita kini ramai yang berkerja dalam bidang yang perlu mengangkat seperti jururawat, fisioterapi yang angkat pesakit atau peniaga yang perlu angkat barang jualan, surirumah juga tidak berhenti buat kerja rumah. Tetapi tidak bermakna pekerjaan yang banyak duduk selamat dari sakit, banyak duduk merupakan punca sakit belakang. Jumlah pesakit sakit pinggang dari kalangan guru dan pensyarah meningkat semasa PKP kerana kelas dalam talian.

 

Menerukkan keadaan adalah Obesiti. Obesiti sendiri telah memberikan kesan negatif pada badan menyebabkan wanita senang sakit lutut dan sakit tumit. Bebanan perlu dikurangkan. Selain itu, wanita mudah stress, stress adalah kunci kebanyakan penyakit. Pemakanan juga punca badan stress dari makanan tinggi gula dan lemak tepu. Tabiat pemakanan yang tidak baik menambahkan risiko penyakit lain, berlebihan gula dan makanan berlemak meningkatkan risiko diabetis, darah tinggi, kolestrol serta sakit jantung.

 

Gaya hidup setiap wanita perlu diubah supaya wanita dapat elak dari pelbagai penyakit selain dapat dapat bentuk tubuh wanita lebih cantik dan wanita  lebih kuat. Wanita juga akan lebih ceria , aktif dan bersemangat.

 

Antara senaman yang sangat bagus untuk wanita adalah squat, romanian deadlift, glutes bridge, leg raises, bent over row untuk menguatkan otot punggung, otot teras dan otot belakang. Bila otot-otot kuat, ia akan pegang struktur tulang belakang dan akan kurangkan tekanan struktur sakit belakang. Keadaan sama untuk lutut dan tumit, kuatkan otot punggung, peha depan, peha belakang dan betis, ia kurangkan tekanan pada struktur sakit . Boleh tambah senaman hamstring curl dan calf raises.

 

Farmers walk juga tak kurang hebatnya, ia adalah pergerakkan yang sangat mirip dengan kehidupan harian, angkat beg atau barang beli-belah, dukung anak  dan sebagainya. Kita akan gembira dengan kekuatan yang kita ada tanpa perlu menunggu bantuan sesiapa untuk menguruskan kerja seharian.

 

Kursus Kecergasan 2025

Senaman kardio berkait rapat dengan stamina wanita agar tidak mudah tercungap-cungap bila kesana-kemari. Wanita boleh berzumba, menari, briswalk, berjogging atau senaman HIIT mudah dibuat dirumah. Stamina tinggi ini mengelakkan kita cepat mengah dan penat.

 

Senaman-senaman ini tidak hanya mengurangkan sakit pinggang, lutut atau tumit tetapi sebagai pencegahan kepada diabetis, meningkatkan insulin sensitiviti, tingkatkan kesihatan kardiovaskular dengan menurunkan kadar nadi rehat, turunkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol LDL. Senaman dapat bantu kawal stress juga.

 

Diet perlu seimbang. Badan perlu dapat nutrisi yang baik, makan dengan teratur dan hidangan lengkap karbohidrat, protein dan lemak dalam kuantiti yang betul. Diet ketat dan diet yoyo bukan pilihan yang baik kerana akan mengganggu hormon-hormon wanita. Setiap wanita perlu dijaga dengan cermat.

 

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: