Turun 5 KG Seminggu Dengan Manipulasi Rentensi Air
Purata manusia terdiri daripada antara 50 hingga 60 peratus air. Jumlah air badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu intrasel dan ekstrasel yang masing-masing terdiri daripada dua pertiga dan satu pertiga jumlah air badan. Penyelenggaraan cecair dalam badan manusia adalah keseimbangan diantara pengambilan dan pengeluaran cecair.
Apa itu Retensi Air?
Sebarang air tambahan yang disimpan di dalam badan dirujuk sebagai berat air. Ia juga dikenali sebagai edema atau retensi air. Mari kita fahami kenapa ada individu yang mempunyai kadar rentensi air yang tinggi untuk mencari cara untuk menurunkannya.
Penyebab Retensi Air
1- Diet tinggi karbohidrat
Perkataan karbohidrat sendiri terdiri daripada perkataan ‘hidrat’ yang bermaksud bahan yang mengandungi air, 1g karbohidrat ikat 3-4g air. Karbohidrat disimpan dalam otot dan hati dalam bentuk glikogen. Jika makan banyak karbohidrat, boleh menyebabkan retensi air.
2- Suka makanan masin
Diet yang tinggi garam dapat menyebabkan pengumpulan cairan kerana garam juga memegang air dalam tubuh terutama di bahagian pergelangan kaki dan kaki.
3- Gaya Hidup Tidak Aktif
Tidak banyak bergerak menyebabkan air berkumpul di bahagian kaki. Gerakan tubuh membantu sirkulasi cecair dan dapat membantu mencegah pengumpulan air.
4- Kurang minum air
Kebiasaan pengambilan air yang rendah dikaitkan dengan jumlah cecair badan yang lebih besar.
5- Penyakit
Beberapa penyakit yang menyebab kerosakkan kapiler seperti darah tinggi dan kegagalan jantung dapat menyebabkan retensi air. Pada keaadaan ini, tubuh mungkin mengalami kesulitan memproses dan mengeluarkan lebihan cecair. Terjadi juga kepada mereka yang ada masalah sistem limfatik atau masalah ginjal.
6- Obesiti
Individu yang obes akan tinggi kandungan air ditambah mereka sering mengambil diet tinggi karbohidrat dan garam. Selain mereka lebih risiko hipertensi, penyakit jantung dan penyakit ginjal punca kepada retensi air.
7- Hormon
Perubahan hormon seperti ketika kehamilan dan menstruasi dapat menyebabkan pngumpulan cecair. Peningkatan volum darah dapat meningkatkan retensi air. Selain itu, masalah hormon tiriod kerana kalenjar tiroid mengatur kadar cairan badan.
8- Pengambilan Ubat-ubatan
Beberapa ubat boleh menyebabkan retensi air atau pembengkakan disebabkan peningkatan cecair seperti ubat hormon.
9- Malnutrisi
Kurang protein kerana albumin adalah protein yang membantu tubuh manusia mengatur cairan. Jika kurang protein yang teruk, badan lebih sulit bagi tubuh mereka untuk memindahkan cairan interstisial kembali ke kapiler. Ketika seseorang kekurangan gizi teruk, mereka risiko untuk penyakit kwashiorkor.

Gejala kwashiorkor adalah hilangnya jisim otot dan perut membesar.
Hilangkan retansi air dengan mudah
- Kurangkan pengambilan karbohidrat
- Kurangkan garam
- Bersenam dan banyak bergerak
- Minum banyak air
- Puasa
- Kurangkan berat badan
- Makan cukup keperluan nutrisi terutama protein
- Sauna


