Bukan Semua Orang Mahu Menjadi Ahli Bina Badan!

Setiap senaman itu dibentuk berdasarkan perlawanan sebenar dalam sukan tertentu supaya prestasi dapat ditingkatkan

Dalam artikel ini, ada sedikit kelainan. Saya dengan rendah dirinya ingin mengajak sekalian pembaca untuk bermuhasabah dan menjadi realistik di gim.

Di gim, terdapat ramai individu yang mempunyai latar belakang berbeza.

Ada dalam kalangan mereka yang merupakan atlet gusti lengan. Ada juga dalam kalangan mereka yang merupakan atlet strongman.

Setiap sukan memerlukan cara senaman yang berbeza. Tidak sama dengan bina badan.

Saya secara peribadi pernah ditegur beberapa kali oleh pengguna gim yang lain mengatakan senaman saya itu salah.

Hal ini tidak benar sama sekali.

Saya merupakan atlet amatur gusti lengan, maka senaman khusus saya mestilah kelihatan pelik kerana ia hanya diamalkan oleh mereka yang terlibat dalam sukan tersebut.

Mereka yang bina badan tidak akan faham.

Begitu juga dengan situasi-situasi lain.

Kita hendaklah mengenali cara senaman yang khusus untuk sukan kita masing-masing. Bukan semua bersenam dengan cara yang sama.

Contohnya, seorang atlet strongman, bukan setiap masa dia akan berlatih dengan hipertrofi. Kebanyakan masanya di gim adalah untuk meningkatkan kekuatan.

Sama juga dengan atlet bola sepak. Mereka tidak perlu melakukan senaman hipertrofi pun. Mereka harus fokus pada memanjangkan ketahanan otot.

Perkara itu boleh dicapai dengan cara melakukan senaman bawah badan dengan kadar rep yang tinggi seperti 25, 30, hatta sampai 50.

Jenis senaman juga berbeza mengikut sukan!

Senaman bagi gusti lengan adalah dengan melakukan bicep half curl kerana itu merupakan posisi dalam perlawanan sebenar.

Bagi mereka yang bina badan, mereka akan rasa senaman ini salah kerana tidak memenuhi julat pergerakan.

Atlet gusti lengan tidak perlu berbuat demikian kerana mereka hanya ingin menguatkan bahagian yang berguna dalam perlawanan sebenar sahaja. Bukan untuk membesarkan otot.

Nampak?

Setiap sukan memerlukan senaman yang berbeza. Hal ini kerana ada sudut-sudut tertentu yang harus diperkuatkan.

Hal ini bergantung kepada perlawanan sebenar sukan tersebut.

Nampak pelik tidak semestinya salah!

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: