Creatine? Sebelum ke Selepas Latihan?

Creatine boleh dikatakan makanan tambahan yang popular dan banyak kajian yang menyokong penggunaannya. Baca lebih lanjut di entri creatine. Cuma persoalan di sini, nak ambil sebelum atau selepas senaman?

Kajian mencadangkan selepas lebih memberi kesan positif meningkatkan jumlah otot dan kekuatan. Tapi ada juga kebaikan ambil sebelum iaitu badan boleh menghadamkan untuk digunakan kemudian.

Jom kita tengok kajian daripada International Society of Sports Nutrition. Hasil kajian menunjukkan pengambilan creatine lebih baik selepas. Subjek yang ambil selepas tambah lebih banyak otot berbanding sebelum. Ada beberapa kajian yang menyokong kajian ini. Kajian menunjukkan pengambilan selepas senaman mengubah komposisi badan menjadi lebih baik. Di akhir kajian, subjek yang ambil creatine selepas senaman ada peratus lemak yang lebih rendah.

Kajian sama juga menunjukkan, pengambilan serta merta selepas senaman beri kesan yang baik pada kekuatan. 1 kumpulan diberi creatine selepas senaman, manakala 1 lagi sebelum. 1RM lebih besar pada kumpulan selepas latihan. Walau bagaimana pun, ada juga kajian yang kata tiada perbezaan masa pengambilan.

Kursus Kecergasan 2024

Ada juga yang sokong pengambilan creatine semasa bersenam sebagai intra-workout. Kajian menunjukkan peningkatan kekuatan dan daya tahan otot. Paling penting sebenarnya ada konsistan dalam pengambilan. Bermaksud anda kena ambil hari tidak berlatih juga. Ia akan bantu bina simpanan creatine dalam sistem badan.

Kajian
https://cdnsciencepub.com/doi/full/10.1139/apnm-2014-0498
https://journalofexerciseandnutrition.com/index.php/JEN/article/view/33
https://jissn.biomedcentral.com/articles/10.1186/1550-2783-10-36

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: