Dada Melebeh? Lakukan Senaman Ini!

Tricep dip membantu menguatkan otot dada dan mengelak bentuk dada yang melebeh

Dada melebeh adalah kerana otot dada terutama sekali bahagian bawah dada berlemak. Maka, kita harus buang lemak dan kuatkan otot di bahagian berkenaan!

Satu senaman yang kita boleh lakukan adalah dip.

Dip ini adalah versi yang menggunakan palang atau bar, bukan bench dip yang menggunakan bangku atau kerusi.

Ramai yang tidak tahu bahawa dip juga boleh menguatkan otot dada bawah.

Namun, kita perlu ubah sedikit posisi ketika melakukan senaman tersebut. Selalunya, kita akan luruskan tangan kita, lalu kita turun ke bawah dan tolak menggunakan otot trisep secara penuh.

Sebab itu, dip ini sinonim dipanggil sebagai tricep dip.

Untuk mengaktifkan otot dada, kita perlu bongkok sedikit badan kita ke depan. Kepala kita pula harus memandang ke bawah iaitu ke lantai. Di posisi begini, lakukan dip seperti biasa.

Cuma, bezanya adalah posisi badan. Apabila badan kita tegak dan kepala memandang ke depan, otot yang terbeban ialah trisep dan bahu.

Apabila kita membongkok sedikit ke depan, otot dada akan terbeban sekali, khususnya otot dada bawah.

Lakukan senaman ini seberapa banyak yang kita mampu (train to failure) dengan 4 kali pusingan atau set.

Dengan ini, dada kita akan tidak melebeh lagi.

Selamat mencuba!

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: