Gim dibenarkan Buka

Akhirnya kerajaan membenarkan pembukaan gimnasium, dewan tertutup dan kompleks sukan bermula 15 Jun 2020. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaabob hari ini mengumumkannya dalam sidang media hari ini. Industri kecergasan antara industri yang terjejas teruk akibat penularan virus covid-19 ini dimana pengusaha gimnasium, instruktur, jurulatih dan sebagainya hilang sumber pendapatan.

Walau bagaimana pun, pengusaha gim perlu mengisi borang pemakluman terlebih dahulu di laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Jangan main sembarono bukan gim tanpa pemakluman. Borang boleh didapati mulai hari ini.

Maklumat jelas SOP pembukaan akan dimaklum dalam laman sosial Kementerian Belia dan Sukan. Harap semua gim dan pengunjung dapat mematuhi kawalan yang ditetapkan termasuk limitasi pengunjung dalam suatu masa.

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: