Main Gim: Muda atau Tua, Mana Lebih Baik?

Orang berumur sangat patut melakukan latihan beban untuk mengelakkan atrofi otot
Arnold Schwarzenegger ada bercerita tentang melakukan latihan beban semasa kecil dan tua dalam ensiklopedianya.
Remaja atau Kanak-kanak
Schwarzenegger berkata, dalam usia kanak-kanak, jangan disuruh untuk mengangkat beban kerana tulang mereka masih lembut dan senang tercedera.
Mereka seeloknya didedahkan dengan senaman-senaman kalistenik dahulu seperti tekan tubi, squat, pull up dan sebagainya.
Mereka sepatutnya diajar terdedah dengan cara senaman yang betul agar ketika mereka mengangkat beban di gim nanti, mereka tidak meletakkan diri dalam risiko yang boleh mencederakan badan.
Pada usia remaja pula, menurut Schwarzenegger, mereka boleh mengangkat beban, tetapi yang ringan-ringan dengan rep yang banyak.
Ini melatih metabolic stress mereka. Bukan sahaja itu, ia juga melatih mereka biasa dengan senaman-senaman latihan beban.
Teknik mereka harus betul dan tepat sebelum bergerak kepada hipertrofi dan sebagainya.
Tua
Semakin tua, kita akan mengalami atrofi otot. Atrofi otot bermaksud pengurangan jisim otot. Makin tua, makin cepat atrofi otot akan berlaku.
Macam mana hendak mengelak perkara ini?
Jawabnya: Latihan beban.
Maknanya, latihan beban sangat-sangat penting bagi mereka yang semakin berumur.
Rujukan
- Arnold Schwarzenegger. (1998). The New Encyclopedia of Modern Bodybuilding. Simon & Schuster.