Makan Nasi untuk Turunkan Berat Badan

Makan nasi itu tidak ada masalah tetapi kita perlu kepada kawalan dalam memakan nasi

Nasi merupakan sumber karbohidrat yang biasa kita makan terutamanya di Malaysia. Siapa-siapa pun akan makan nasi dengan pelbagai jenis lauk, seperti nasi kandar, nasi kukus, nasi ayam penyet sebagainya.

Semuanya berbalik kepada nasi juga. Menurut kajian, makan nasi itu tidak ada masalah pun sebenarnya untuk menurunkan berat badan, tetapi ada beberapa faktor yang perlu diambil kira.

  1. Kadar nasi
  2. Jenis nasi dan cara masak nasi
  3. Lauk

Kalau kita teliti kembali konsep kalori, maka nasi pun kita kena jaga pengambilannya agar kalori kita tidak terlebih. Kalau terlebih, maka tidak akan turun berat badanlah. Malahan, bertambah.

Kita wajib kurangkan pengambilan nasi supaya kita dapat capai kekurangan kalori harian (calorie deficit). Ini asas yang penulis kira, semua orang atau yang selalu ke gim tahu.

Apabila menanak nasi, guna separuh cawan sahaja. Sebab, separuh cawan itu pun sudah merangkumi 100 kalori nasi. Bayangkan, nasi dengan banyak itu sahaja sudah mencapai 100 kalori. Inilah yang perlu dilakukan sekiranya hendak makan nasi dan pada masa yang sama, hendak turunkan berat badan.

Ada sumber mengatakan bahawa nasi warna perang lebih sihat. Dan juga, nasi yang jenisnya panjang lebih bagus untuk menurunkan berat badan. Nasi pendek-pendek itu manis kalau hendak dibandingkan dengan nasi panjang.

Seterusnya, pastikan lauk yang kita ambil itu kaya dengan sayur-sayuran. Sayur bukan sekadar rendah nilai kalorinya, tetapi ia juga sihat untuk badan kita. Contohnya, bayam. Bayam sangat bagus untuk perkembangan otot.

Akhir sekali, cara kita menanak nasi. Menanak nasi dengan air sahaja sudah memadai dan bagus. Sebab, tidak ada penambahan minyak dan mentega yang boleh menambah lagi unsur-unsur tidak sihat ke dalam nasi.

Itulah cara untuk kita mengawal pengambilan nasi kita dengan cara yang sihat. Adalah lebih baik untuk kita tidak selalu memakan nasi. Gantikan dengan makanan-makanan lain yang lebih sihat.

Rujukan
1. Is Rice Good For Weight Loss (5 Rules To Follow). https://fitbod.me/blog/rice-good-for-weight-loss/
2. Rice Diet: Effectiveness, Results, and Recipes. https://www.healthline.com/health/rice-diet-effectiveness-and-recipes#diet-plan

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: