Menteri KBS Tak Guna?

Seperti semua sedia maklum, kerajaan telah buat darurat 3.0 di beberapa lokasi termasuk 6 daerah di Selangor, 3 daerah di Johor, di Kuala Lumpur dan sebagainya sempena raya ini bagi mengekang pergerakan keluar daripada daerah.

Majlis Keselamatan Negara MKN telah mengeluarkan garis panduan membenarkan sektor ekonomi beroperasi dengan SOP yang ketat termasuk pembukaan gimnasium. Hari ini, 6 Mei pada jam 6 petang, Kementerian Belia dan Sukan pula mengeluarkan perintah gim tidak dibenarkan beroperasi bermula Jumaat, 7 Mei 2021.

Sepanjang berlakunya pandemik Covid-19, gim sentiasa dipersalahkan walaupun hampir tiada kluster yang wujud di gim berbanding sektor lain seperti kilang, penyumbang besar kluster covid di Malaysia. Kilang dibenarkan operasi. Bazar Ramadan dibenarkan operasi. Akan tetapi gim dipersalahkan. Inilah jadinya apabila Menteri KBS Reezal Merican Naina Merican, otak letak di lutut. Minta Menteri KBS tunjuk di mana kluster gim dalam carta di atas.

Bagaimana gim nak bertahan? Kena bayar sewa, staf, elektrik dan sebagainya. Bagaimana jurulatih dan instruktur yang mengajar di gim nak hidup? Adakah terpaksa beraya makan pasir? Apa mereka nak bagi anak isteri makan jika terpaksa berehat PKP 3.0 yang tak pasti berapa lama. Dari 2 minggu jadi bermingu-minggu.

Siapa yang buat keputusan dalam KBS? Dah tiada orang bijak pandai dalam KBS lagi ke? KBS sepatutnya jadi Kementerian yang mempertahan industri kecergasan, bukan membunuhnya.

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: