Jarang Bersenam? Anda boleh kena COVID-19! (Dan Teguran Kepada KBS)

“Hargai badan anda. 

Itu sahaja HARTA yang anda ada untuk hidup” – Jim Rohn

“Lemang dah makan, ketupat dah makan, rendang pun dah makan, kuah kacang pun dah. Alamak malasnya nak workout”- Ujar Leman (Semestinya bukan nama sebenar) yang sedikit Overweight di musim raya dan juga musim covid-19.

Anda malas bersenam? Ya, anda memang berpotensi untuk menerima penyakit Covid-19 jika anda tidak melakukan apa-apa senaman fizikal!

 

Kenapa Perlunya Anda Bersenam Di Musim Covid-19 Ini?

Secara umumnya, seseorang yang bersenam mempunyai banyak kelebihan. Menurut Medline, ini kelebihan senaman kepada badan :-

1)Senaman boleh membuang bakteria keluar dari paru-paru dan saluran udara. Sekaligus  mengurangkan ‘kebarangkalian’ anda kena selesema atau penyakit lain.

2) Senaman memperkuat sel darah putih (Sel darah putih merupakan sel imun badan yang berfungsi untuk melawan penyakit).

Tapi rasanya ramai saja yang tahu akan kebaikan senaman, tak perlulah saya tambah 2-3 point lagi.

Namun, apakah jaminan ini boleh digunapakai secara praktikal? Maksud saya, kenapa ramai sahaja orang yang masih sihat walaupun tidak pernah bersenam? Tengok lah rakan sebelah anda itu, sihat walafiat walaupun tak pernah workout. Tak pernah pun kena COVID-19.

 

Kajian Daripada British Journal of Sports Medicine

Untuk membidas soalan sebegini, satu kajian telah dibuat oleh Sallis et al (2020). Apa kajian yang dia buat?

Dalam kajian ini, 48,400 pesakit dewasa yang menerima penyakit Covid-19 ini dijadikan subjek kajian. Jadi, apa yang mereka dapati dalam kajian ini? Mereka dapati bahawa :-

“Pesakit dengan COVID-19 yang tidak aktif selama 2 tahun sebelum wabak mempunyai KEBARANGKALIAN TINGGI untuk dimasukkan ke dalam hospital”

“Lebih teruk, mungkin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)”

“Dan lebih teruk lagi, peluang untuk MATI adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang secara konsisten melakukan aktiviti fizikal mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh US Physical Activity Guideline.”

Menakutkan…

Di Malaysia ini, saya sendiri pelik kenapa ramai yang habiskan duit untuk supplemen seperti Vitamin C atau ubat merepek sedangkan menggerakkan badan anda sendiri sahaja mampu mengurangkan risiko terkena jangkitan COVID-19.

Kursus Kecergasan 2024

Kaitan Kes Kematian Dengan Hidup Sedentari (Hidup tidak aktif)

Latar Belakang pesakit ( Sumber: KKM)

Jika anda lihat kepada statistik kematian akibat Covid-19 di Malaysia di atas , anda akan dapati bahawa ramai pesakit ini mempunyai latar belakang masalah :-

  • Dislipidemia,
  • Kencing manis,
  • Darah tinggi
  • Masalah obesiti

Saya tak dapat memastikan jika pesakit ini memang punyai penyakit secara keturunan. Saya tak punyai info yang lengkap berkenaan pesakit- pesakit ini. Namun, secara amnya penyakit sebegini boleh dikatakan berpunca daripada hidup sedentari (Bahasa mudahnya, hidup anda sentiasa dalam keadaan duduk dan tidak aktif).

Jadi, anda tentukan sendiri. Untuk bersenam atau tidak. Semestinya risiko untuk tidak bersenam lebih tinggi.

 

Keputusan KBS menggantung sektor kecergasan (Keputusan yang cerdik, kah?)

Larangan Pembukaan Gimnasium di kawasan PKP
(Sumber: World of Buzz)

Buat masa kini, larangan pembukaan gim masih berkuat kuasa. Semestinya ia menganggu gugat aliran kewangan para pengusaha gim, periuk nasi para pelatih, dan melemahkan semangat peminat aktiviti kecergasan.

Saya tidak pasti apa munasabahnya keperluan untuk tutup pusat kecergasan walhal melalui pusat kecergasan lah, anda berlatih untuk kuatkan imuniti badan, bukan sekadar nak besarkan otot sahaja.

Ada yang tidak setuju gimnasium ditutup, dan ada yang setuju dengan alasan “Buat apa pergi gim, baik jogging je. Jogging pun dah dibenarkan”.

 

Apa kata Pengkaji Berkenaan Latihan Kekuatan Untuk Imuniti Badan?

Menurut Dr Craig Wright (Pensyarah di Deakin University’s Institute for Physical Activity and Nutrition (IPAN), beliau berkata bahawa,

Jika anda mempunyai jisim otot yang sihat, maka anda akan mempunyai simpanan asid amino yang membantu sistem imun anda bertindak balas dengan cepat terhadap jangkitan dan penyakit”.

Kerana itulah, pentingnya untuk latihan kekuatan bagi menguatkan lagi imuniti anda. Saya rasa semua tahu bahawa latihan endurance sahaja tidak cukup untuk menguatkan jisim otot anda. Tapi ini tak bermakna saya ‘detest’/ bencikan senaman endurance. Saya tetap berpandangan bahawa ada baiknya untuk menggabung pakai  kedua-dua modaliti latihan ini dalam program anda.

 

Konklusi

Akhir kata, saya berharap agar Kementerian Belia Dan Sukan memperhalusi lagi cadangan untuk membuka kembali Gimnasium. Kebaikan ini bukanlah semata untuk kepentingan ekonomi, tapi juga untuk kesihatan para masyarakat. Takkan nak tunggu semua sakit baru nak cakna isu kecergasan?

Kepada semua pembaca, tolong banyakkan bersenam di musim perayaan ini. Gunakan makanan tersebut untuk tenaga untuk membina otot/ menambahbaik stamina latihan anda. Tak perlu nak tunggu habis raya baru nak bersenam.

*****

*Nota kaki: Selamat menyambut Hari Raya Aidil fitri, Minal Aidin Wal Faizin. Doakan agar saudara kita di Bumi Palestin dalam keadaan yang makmur kembali. Bersyukurlah kita yang berada di negara yang masih aman makmur.

Rujukan

1) Exercise and immunity -MedlinePlus (n.d.)

2) How muscle helps to build a healthy immune system – Sydney Morning Herald (2020)

3) Physical inactivity is associated with a higher risk for severe COVID-19 outcomes: a study in 48 440 adult patients- Sallis et al (2021)

4) Strong muscles may support the immune system – Medical News Today (2020)

Ilham Izaruddin

Ilham Izaruddin

M. Ilham Izaruddin

“Health Can Never Be Divorced With Strength” – George Hackenschmidt

Hi, saya Ilham. Seorang pelajar di sebuah IPTA (Dan masih lagi bergelut untuk menghabiskan saki-baki semester dalam bidang Ukur Bahan),
Seorang Certified Fitness Instructor dibawah NASC ,serta penulis amatur yang kadangkala akan berceloteh seputar isu fitness dan nutrition di Facebook dan Instagram saya (ItsCendolTime)

Sebagai seorang anak muda yang dahulunya tidak ‘pernah’ fit ( Kini mungkin lebih fit sikit. Sikit sahaja lah), saya sentiasa menganggap bahawa definisi ‘Fit’ hanyalah untuk golongan yang tertentu, terutamnya atlet-atlet. Namun, kecintaan yang mendalam terhadap fitness bermula daripada keputusan untuk mengangkat berat di gym akibat masalah ‘insecurity’.
Dan saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut..

Kerana itulah saya sentiasa berpendapat bahawa ‘Fitness’ adalah HAK milik semua. bukan semata-mata untuk atlet sahaja.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: