Mulakan dengan Sedikit

Motivasi itu amat penting, maka lakukan perubahan dengan kadar yang sedikit agar momentum dapat dikekalkan

Ramai di antara kita yang mempunyai matlamat tertentu dalam bersenam. Ada yang mahu berbadan tegap seperti Sazali Samad. Ada yang mahu badan kurus dan fit seperti Coach Loid. Setiap matlamat ini memerlukan proses yang berbeza.

Apabila masuk saja tahun baru, lazim orang kita akan membina azam. Membina azam itu tidak ada masalah, namun janganlah kita melakukan perbuatan yang drastik dalam menginginkan perubahan. Setiap manusia berubah dengan masanya sendiri. Tidak perlu tergesa-gesa.

Kursus Kecergasan 2021

Ini bukanlah hendak melambatkan proses berubah. Namun, tidak mahu motivasi kita jatuh saat sedang berjuang. Sebab itu, pentingnya menambah baik tabiat yang sikit-sikit. Pepatah Melayu mengatakan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Penulis buku Atomic Habits yang sangat popular, James Clear menggunakan prinsip ini sebagai teras kepada idea perubahan seseorang.

Menurut beliau, kalau kita hendak berubah, kita perlu menambah 1% tabiat baik setiap hari. Setahun saja kita akan ada gaya hidup yang langsung berbeza. Ini adalah hasil daripada sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Samalah macam dalam konteks bersenam. Tidak perlu tergesa-gesa. Tambah baik dan ansur maju latihan beban yang sikit-sikit. Berikan sedikit masa pada otot untuk membiasakan diri dengan beban berkenaan. Maka, dengan itu ia akan berkembang dengan baik.

Saya secara peribadi faham, ada yang mahu kurus dengan cepat. Namun, kita harus fikir nasib badan kita. Badan kita bukannya boleh berubah dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa.

Sama juga seperti mental kita. Jangan melalukan senaman yang drastik. Sudahlah tidak pernah bersenam, tiba-tiba hendak berjoging 10km sehari. Itu langkah yang drastik!

Mungkin awal-awal kita akan bersemangat. Namun, lama-lama apa yang akan terjadi? Motivasi kita jatuh. Akhirnya, kita berhenti. Jadi, macam mana hendak mengubah kondisi badan kalau begitu?

Sebab itu, ubahlah sikit-sikit. Berikan masa untuk mengadaptasi dengan perubahan.

Hasil itu penting, namun konsistensi dalam mencapai hasil itu jauh lebih penting.

 

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: