Patutkah Anda Deadlift Untuk Bina Badan?

Saya bukanlah pakar dalam banyak benda. Silap, saya tidak pakar dalam apa-apa benda sekali pun. Nak bercinta pun mudah kena tipu, macam mana? Tapi, bagi saya sendiri, saya rasa deadlift merupakan salah satu kekuatan (ataupun topik) yang saya boleh berkongsi. Walaupun jauh lebih ramai yang lagi hebat dan kuat, tapi tak salah rasanya kalau saya utarakan pendapat sendiri.

Bagi saya, deadlift dikira sebagai raja dalam senaman kekuatan. Kita menggunakan seluruh badan secara serentak, dalam harmoni, untuk melakukan pergerakan tersebut. Gerakan yang mudah, pegang bebanan dan angkat sampai habis, tapi memberikan impak yang besar kepada pelaku. Berbeza dengan senaman lain, anda boleh turun separuh, naik separuh, dan boleh juga tipu dalam pergerakan sedikit untuk selesaikan rep yang dibuat. Bukan seperti deadlift kerana kalau anda angkat separuh, maka ia tidak dikira.

Rasa macam dah banyak artikel tentang deadlift yang saya pernah tulis pada tahun-tahun sebelum ini. Meskipun dah banyak, rasa masih banyak boleh diperkatakan.

Kursus Kecergasan 2021

Baca artikel sebelum ini untuk tambahkan pengetahuan. Klik di sini untuk membaca.

Kenapa Anda Deadlift?

Deadlifts adalah “kapla” kepada semua pergerakan angkat berat. Deadlift memberikan begitu banyak manfaat untuk seluruh badan kerana ia boleh membina saiz berkualiti, membakar lemak, dan membina kekuatan.

Walaupun deadlift banyak memberi manfaat kepada tubuh, ramai orang percaya bahawa ia boleh menjadi agak tidak produktif kerana risiko yang terpaksa dihadap dalam senaman tersebut. Ini disebabkan oleh intensiti pergerakannya yang sangat tinggi. Deadlifts menyasarkan segala-galanya dari bahagian belakang, pinggul, otot punggung, hamstring, quadrisep, dan sudah tentu bahagian teras.

Otot lain yang turut terlatih secara tidak langsung ialah bisep, bahu, dan juga dada. Kesemua otot itu terkena serentak menjadikan senaman ini sangat susah untuk diamalkan pada kadar intensiti yang tinggi. Lagi-lagi apabila dibuat dengan kadar ulangan yang banyak, mengalahkan latihan kardio.

Tahukah Anda…

Deadlifts adalah seperti pergerakan lain; anda mendapat hasil daripada senaman itu seiring dengan apa yang anda usahakan. Jika anda makan banyak untuk menjadi besar dan mengangkat berat, kemungkinan besar anda akan menjadi lebih besar pada semua otot. Jika anda ingin menurunkan berat badan berlebihan tetapi mengekalkan kekuatan anda, deadlift juga sesuai untuk anda.

 

Salah Anggap Tentang Deadlift

Terdapat salah tanggapan bahawa deadlift sebenarnya boleh melebarkan pinggul dan pinggang. Terlalu lama melakukan deadlift, jadi pinggang anda melebar, menampakkan bahagian tengah anda seperti bentuk kotak.

Ingat otot yang difokuskan pada deadlift seperti yang dinyatakan sebelum ini? Otot teras juga terlibat dalam gerakan deadlift termasuk otot rectus dan transverse abdominus, oblik luaran dan dalaman, dan erektor tulang belakang. Otot-otot ini membentuk kawasan bahagian tengah (yang dibimbangkan orang akan melebar).

Sebagai otot, ia sememangnya mempunyai potensi untuk bukan sahaja menjadi lebih kuat tetapi juga membesar. Hakikatnya ialah, hipertrofi otot-otot ini tidaklah sampai meningkatkan lebar pinggang atau pinggul anda pada tahap drastik.

Deadlift sahaja, dan jangan risau tentang pinggul yang lebih lebar dan pinggang yang lebih lebar. Deadlift adalah hebat dan jika anda mampu lakukannya, maka buatlah.

Patutkah Anda Deadlift?

Pernah tanya soalan begini pada diri sendiri? Mesti ada, sebab inilah senaman yang banyak kontroversi. Nak buat ataupun tak perlu buat, ramai bingung dengan persoalan tersebut.

Sekiranya anda mendaftarkan diri ke dalam apa-apa acara yang memerlukan anda untuk deadlift, maka senaman tersebut tidaklah kompulsari untuk dilakukan bagi mencapai sasaran kecergasan. Bukan deadlift sahaja, malah apa-apa senaman bukanlah wajib dilakukan kerana masih ada banyak pilihan lain yang boleh dibuat untuk mencapai misi anda.

Jika anda mahu deadlift, lakukan sebab anda sendiri mahu deadlift dan ingin merasai kehangatan isi yang ditawarkan deadlift. Cuma, jangan salahkan saya apabila bahagian otot belakang dan kaki anda (terutamanya punggung) menjadi semakin seksi.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: