Pernahkah Anda Dengar Tentang Diastasis Recti?

Adakah anda sedar perut anda ada jarak sehingga anda boleh memasukkan jari anda. Pernahkah anda mengukur jarak dan kedalaman tersebut? Jika jarak atau kedalamannya melebihi 2 jari, anda mungkin mangalami simptom diastasis recti abdominis.

Anatomi otot rektus abdominis

Otot rektus abdominis ialah otot dinding perut yang berpasangan sepanjang garis tengah anterior abdomen dari rawan kosta rusuk kelima hingga ketujuh ke simfisis pubis. Linea alba bersambungan dengan fascia rektus abdominis, yang dibuat daripada aponeurosis otot serong luar, serong dalaman, dan transversalis.

Diagnostics 12 02044 g003

Sumber :  The Art of Hernia Surgery; Springer International Publishing: Cham, Switzerland, 2018.

Apa itu diastasis recti

Diastasis recti abdominis ialah apabila otot rektus abdominis terpisah dan menjauh pada garis tengah yang disebabkan oleh kelemahan pada dinding anterior abdomen. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa terdapat kelemahan, penipisan, dan pelebaran linea alba dan kelemahan otot perut. Diastasis recti bukan sekadar nampak tidak cantik tapi boleh menyebabkan  sakit perut sakit belakang, serta mengurangkan kekuatan otot teras.

Diastasis Recti Abdominis 

Variasi diastasis recti

Diagnostics 12 02044 g004 

Cara mengukur jarak diatasis recti

  1. Pemeriksaan klinikal menggunakan caliper atau pembaris untuk pengukuran.
  2. Pengimejan diagnostik melalui ultrasound
  3. Ukur sendiri dirumah

Faktor risiko diastasis recti abdominis

1- Penuaan

Ia adalah proses semulajadi penuaan dimana jumlah saiz fiber otot berkurangan secara perlahan dan menyebabkan penurunan dalam otot skeletal dan jisim badan. Termasuk penurunan bilangan sel saraf, kekurangan hormon tumbesaran, penurunan sintesis protein otot dan kekurangan pengambilan protein ataupun kalori untuk mengekalkan jisim otot.

2- Kehamilan

Kedua-dua perut otot rektus abdominis memanjang dan melengkung bulat apabila dinding perut mengembang. Pada kehamilan 38 minggu, panjang otot perut meningkat kepada 115% berbanding dengan permulaan kehamilan.

Kursus Kecergasan 2024

3-BMI

Orang yang mempunyai masalah berat badan biasanya mempunyai lebih banyak tisu adiposa dalam rongga perut mengakibatkan peningkatan kandungan perut dan tekanan pada dinding perut, yang seterusnya menyebabkan pemisahan rektus abdominis kepada kedua-dua belah. Di samping itu, obesiti mungkin berlaku kehilangan otot.pada masa yang sama.

4- Diabetes

Diabetes boleh menyebabkan kehilangan jisim dan fungsi otot serta menyebabkan sarcopenia. Perubahan dalam rektus abdominis yang disebabkan oleh diabetes mungkin mempunyai dua mekanisme iatu  boleh menyumbang kepada gangguan fosforilasi oksidatif mitokondria dan pemasangan hiperkompleks dalam gentian otot rektus abdominis. Diabetes juga boleh menyebabkan struktur otot fiber laju berkurang dan otot fiber perlahan meningkat.

Teknik Rawatan

  1. Perubahan gaya hidup
  2. Penurunan berat badan
  3. Fisioterapi
  4. Senaman menguatkan otot teras termasuk otot lantai pelvik
  5. Pembedahan

RUJUKAN

  1. Prevalence and risk factors for diastasis recti abdominis: a review and proposal of a new anatomical variation, PMID: 34363190
  2. Efficacy and Challenges in the Treatment of Diastasis Recti Abdominis—A Scoping Review on the Current Trends and Future Perspectives, PMID: 36140446
  3. Diastasis Recti Rehabilitation, NBK573063

  4. Management of diastasis of the rectus abdominis muscles: recommendations for swedish national guidelines, PMID: 32988320

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: