Protein Soya: Pembantu Atau Pemusnah Otot?

Ada atau tidak dalam kalangan pembaca yang suka meminum (atau memakan makanan) soya? Saya suka dengan rasa soya, saya sukakan tempeh, saya sukakan tauhu. Tapi, saya tak adalah sampai jadikan makanan dan minuman harian.

 

Ramai takut dengan soya apabila mereka menceburi bidang bina badan. Kalau yang tak main bina badan pun, yang kecergasan biasa pun sama. Tapi, yang tak main apa-apa sukan pun ada juga yang mula gerun dengan pengambilan soya dalam kehidupan seharian mereka.

 

Untuk lebih tepat lagi, ramai lelaki yang takut untuk menggunakan soya dalam diet mereka. Saya menulis pada hari ini bukan untuk mempertahankan soya, tetapi untuk bercerita asas kepada ketakutan ini (supaya anda tidak mengikut secara membuta tuli sahaja).

 

Dah baca belum entri sebelum ini? Memang betul menarik, tentang lelaki dan kelelakian (kurang kejantanan). Cuba baca di sini.

Kursus Kecergasan 2024

Apakah Itu Protein Soya?

 

Protein soya adalah sejenis protein daripada tumbuhan yang kian lama mendapat tempat dalam dunia kecergasan. Ia semakin popular antara penggiat bina badan (popular yang baik ataupun yang buruk).

 

Percaya ataupun tidak, soya boleh menjadi sumber protein yang baik bagi mereka yang ingin mencukupkan kadar kemasukan protein harian mereka untuk membina otot dan mengekalkan jisim otot ketika sedang berada dalam fasa menurunkan berat badan.

 

Walaupun begitu, masih ada beberapa benda yang perlu dititikberatkan apabila anda ingin mengamalkan soya dalam kehidupan seharian (lagi-lagi kalau anda nak jadikan soya sebagai sumber protein utama anda setiap hari).

 

Kalau nak protein whey yang baik, lebih bagus anda terus sambar yang ini.

 

Isi Kandungan Protein

 

Asid amino yang terkandung dalam protein soya memang lengkap. Maksudnya, protein soya adalah sejenis protein yang “complete” untuk kegunaan proses pembaikpulihan sel dalam badan. Mereka yang nak membina badan akan memfokuskan diet mereka untuk memaksimumkan kadar pemulihan mereka.

BCAA Protein Soya

 

3 asid amino yang terlibat dengan BCAA ialah leucine, isoleucine, dan valine, dan protein soya turut mengandungi leucine. Meskipun begitu, kandungannya tidaklah begitu tinggi berbanding sumber haiwan. Untuk menangani masalah ini, anda boleh ambil lebih sedikit jumlah soya untuk menambah jumlah pengambilan leucine. Tetapi…

 

Kesan Hormon

 

Protein soya mempunyai kompaun yang dikenali sebagai phytoestrogen, sejenis kompaun yang mempunyai struktur sama dengan estrogen, hormon wanita. Nah, inilah sebab ramai lelaku risau nak ambil soya dalam kuantiti yang tinggi. Ada perdebatan tentang hal ini, dan kajian mengatakan kalau ambil sedikit (atau dalam jumlah yang biasa) tidak akan mendatangkan masalah. Tapi, kalau dah ambil banyak dan berlebihan, eloklah dipantau.

 

Pencernaan

 

Bagi sesetengah individu, ada yang tidak tahan dengan pengambilan soya. Tidak tahan dari segi apa? Tidak tahan dari segi mudah nak terkentut (tak boleh tahan). Selalunya, ia berpunca daripada jenis soya yang diambil. Kalau ambil yang jenis isolate, selalunya tak ada masalah sangat.

 

Pucuk Pangkalnya…

 

Kalau anda nak membina badan, anda kena menjaga makan. Antara strategi untuk menjaga pemakanan anda adalah dengan memastikan rutin diet anda mudah, konsisten, dan seronok untuk diamalkan dalam jangka masa yang panjang.

 

Jangan sekadar bergantung harap pada protein soya, dan janganlah terus gam protein soya daripada hidup anda. Nak merasa sekali-sekala tak mendatangkan masalah yang besar.

 

Saya tetap dengan pendirian saya yang kalau makan ayam penyet, saya akan minta tempeh dan tauhu goreng lebih. Tak lupa, kalau ada bergedil dekat pasar malam, saya sambar dulu.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: