Siapa yang tidak mengenali Dana White? Individu ini adalah CEO dan presiden kepada UFC, satu organisasi seni bela diri campuran yang sangat terkenal di seluruh dunia.
Beliau ini telah berhenti belajar di peringkat universiti sebanyak dua kali dan kemudiannya berminat untuk menceburi ke dalam perniagaan seni bela diri. Sejak umurnya 17 tahun lagi beliau sudah aktif menyertai sukan tinju.
Jikalau anda pernah melihat bentuk badannya, Dana White adalah sedikit berisi. Sekarang, beliau sudah kelihat sangat tegap. Di samping badannya yang tegap, beliau juga amat mahir bertempur kerana latar belakangnya yang jelas dalam dunia seni bela diri.
Jikalau anda mahu mengikut jejak langkah, iaitu menjadi tegap dan kuat bertempur pada masa yang sama, saya cadangkan anda teruskan membaca artikel ini.
Alang-alang, saya ingin berkongsi satu artikel yang pernah ditulis sebelum ini, iaitu berkenaan latihan seni bela diri seorang diri, baca di sini!
Dana White telah menurunkan berat badannya oleh kerana isu kesihatan. Selepas beliau berjaya menurunkan berat badan, aliran darahnya menjadi semakin sihat dan lancar. Jadi, ini kita hendak sama-sama belajar, apa yang diamalkan oleh Dana White?
Ini merupakan video Dana White menceritakan perubahannya. Kaedah yang beliau amalkan ini dinamakan sebagai The Superhuman Protocol.
Routine telah memperincikan amalan Dana White ini seperti berikut:
Makan
White merupakan seorang mengidap penyakit insomnia dan beliau hanya tidur selama 3 hingga 6 jam sehari. Meskipun begitu, beliau tetap bangun pagi dan makan makanan yang kaya protein seperti telur dadar, sandwic, sosej dan seumpamanya.
Waktu pagi biasanya White akan meluangkan masa dengan keluarganya. Di sini dapat dilihat bahawa beliau tidak bersenam di waktu pagi, melainkan hanya makan makanan yang sihat dan seimbang untuk keperluan badan.
Kata White, sebab kenapa beliau bersenam dengan kuat adalah kerana beliau sangat kuat makan.
Senaman
Rutin senaman White adalah seperti berikut:
Latihan kardio: Dari Isnin hingga Jumaat, White fokus pada latihan kardio. Dia menggunakan Echelon Connect Bikes untuk menjaga kesihatan kardiovaskularnya dalam keadaan baik.
Circuit Saturday: Pada hari Sabtu, White khususkan sesi latihan untuk senaman litar, yang dipanggilnya sebagai “Circuit Saturday.”
Latihan beban: Dahulu, Dana sering angkat beban berat, tetapi kini dia lebih fokus pada beban ringan. Dia utamakan teknik yang sempurna dan repetisi yang tinggi untuk elakkan kecederaan serta mengekalkan tubuh yang lebih ramping.
Kawasan grappling dan tinju: Kawasan ini dilengkapi dengan lantai dan dinding empuk, membolehkan White berlatih teknik grappling dan tinju dengan selamat. Permukaan empuk ini membantu mengurangkan risiko kecederaan semasa latihan intensif.
Gim standard: Ruang ini lengkap dengan mesin kardio, beban bebas, dan peralatan latihan rintangan, menyediakan keperluan untuk senaman menyeluruh.
Fasiliti pemulihan: Gim di rumah White dilengkapi dengan kolam air sejuk, bilik wap, dan bilik urut. Kolam air sejuk membantu mengurangkan keradangan otot dan mempercepat pemulihan, sementara bilik wap membantu relaksasi dan detoksifikasi. Bilik urut pula memberikan pemulihan otot secara profesional.
Bilik Pilates: Dengan TV bersaiz penuh untuk kelas senaman berkumpulan, bilik Pilates ini menyediakan ruang untuk latihan kekuatan dan kelenturan berdampak rendah.
Kolam renang luar: White berenang melawan arus buatan, menyediakan senaman badan penuh berdampak rendah. Renang bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan daya tahan otot, serta menjadi alternatif kepada senaman gim tradisional.
“Saya tak buat angkat berat lagi sekarang. Saya hanya guna beban ringan dan pastikan setiap gerakan sempurna—dan saya buat dengan banyak ulangan.”
—Dana White
Kesimpulan
Kadang-kadang, kita memerlukan sesuatu yang mencemaskan untuk kita berubah. White telah dijangka akan mati pada waktu sekian-sekian oleh seorang doktor pakar sekiranya dia tidak menjaga tubuh badan dengan baik. Memikirkan keluarga dan sebagainya, dia mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan dengan mendadak. Mencegah lebih baik daripada merawat!
Sadiq Salihoddin
Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).