Sains Membuktikan Angkat Berat Sangat Bagus Untuk Kesihatan!

Latihan angkat berat menjamin kesihatan yang baik tak kira sesiapa pun

Latihan angkat berat bukan khusus kepada ahli bina badan sahaja, tetapi semua orang yang inginkan badan sihat dan cergas. Sains telah membuktikan banyak manfaat angkat berat terhadap manusia. Apakah manfaat-manfaat tersebut?

Kursus Kecergasan 2021

  • Badan lebih kuat

Angkat berat menggunakan peralatan gim mahupun berat badan kita sendiri terbukti menjadikan kita lebih kuat. Apabila otot yang bekerja itu diberikan intensiti yang cukup, maka ia akan menambah kekuatan dengan mengadaptasi dengan latihan angkat berat tersebut. Oleh kerana itu, pekerjaan harian kita akan lebih mudah dilaksanakan seperti membersihkan rumah, mengangkat tong gas, memindahkan perabot dan sebagainya. Otot yang digunakan tidak akan mudah reput. Bagi orang yang tidak mengangkat berat, ototnya akan semakin lemah ketika meningkat usia. Disebabkan itu, banyak pekerjaan harian yang susah untuk dia lakukan oleh kerana sakit sendi. Untuk mengelakkan hal tersebut berlaku, dia harus menguatkan ototnya supaya sendi dapat bergerak dengan baik.

  • Lebih banyak kalori terbakar

Bagi mereka yang hendak kurus atau turunkan berat badan, bolehlah cuba untuk melakukan senaman angkat berat. Angkat berat ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan. Maknanya, ketika rehat atau tidak buat apa-apa pun kalori sedang membakar. Kajian menunjukkan kadar metabolisme kita meningkat selama 72 jam selepas latihan angkat berat. Hebat, bukan? Semalam angkat berat, hari ini kalori tetap membakar kerana kesan peningkatan kadar metabolisme. Mudahnya!

  • Lebih kurang risiko untuk cedera

Pernah tak kita dengar orang sakit lutut? Koyak ligamen? Semua ini lebih mudah terjadi sekiranya otot kita tidak kuat. Otot yang tidak kuat tidak mampu untuk menyokong pergerakan sendi. Untuk kurangkan risiko-risiko ini, otot kita perlu kuat. Kalau mahu elak sakit lutut, kuatkan otot peha. Begitulah dengan yang lain-lain. Angkat berat dapat menyempurnakan julat pergerakan badan kita. Maka, pergerakan kita tidak akan terhad dan lebih fleksibel.

  • Kesihatan jantung lehih baik

Bila kita angkat berat, peredaran darah akan mengalir ke seluruh badan dengan aliran yang sempurna dan baik. Maka, badan kita akan berfungsi dengan baik. Kita juga akan dapat elak daripada darah tinggi. Angkat berat juga membantu mengawal gula darah tinggi kita.

  • Minda cerdas

Orang yang konsisten angkat berat, mereka lebih jauh daripada nyanyuk atau apa sahaja kekurangan kognitif yang sinonim dengan orang tua. Bukan sekadar itu, tahap memori dan pembelajaran seseorang juga turut baik. Sebab itu kita selalu dengar, badan cergas minda cerdas!

  • Emosi stabil

Menurut kajian, orang yang angkat berat lebih kurang terkena penyakit keresahan (anxiety). Bukan itu sahaja, orang yang angkat berat ini lebih gembira dan bahagia.

Kesimpulan

Angkat berat bukan untuk mereka yang nak bina badan sahaja, tetapi mereka yang ingin sihat. Terbukti angkat berat menawarkan macam-macam manfaat.

Ayuh, kita ke gim!

 

Rujukan

14 Benefits of Strength Training. https://www.healthline.com/health/fitness/benefits-of-strength-training

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: