Senaman Somatik, Bagus untuk Kesihatan Mental

Mungkin tidak tular di Malaysia, tetapi senaman Somatik telah menjadi trend di dunia Barat pada tahun 2024 ini.

Asasnya, senaman Somatik ialah senaman yang melibat pergerakan fizikal, tetapi senaman ini juga bagus untuk kesihatan mental kita. Ini kerana senaman Somatik merupakan senaman yang berbentuk relaksasi. Walaupun Somatik telah diperkenal sejak tahun 1970, namun mengapa senaman ini tiba-tiba tular sekarang?

Kursus Kecergasan 2024

Apakah itu senaman Somatik?

Lazimnya, setiap pergerakan dalam apa-apa senaman adalah untuk mencapai matlamat tertentu. Sebagai contoh, senaman squat adalah untuk menguatkan otot peha supaya dapat menambah baik prestasi sebagai pemain ragbi. Contoh yang lain, senaman bench press juga bermanfaat untuk mereka yang mengamalkan seni bela diri agar tumbukan mereka menjadi lebih padu dan kuat.

Namun, bagi senaman Somatik, sesuatu senaman itu dilakukan adalah untuk menikmati senaman itu sendiri, bukan untuk mencapai matlamat-matlamat yang lain. Tambahan lagi, senaman-senaman tersebut dilakukan untuk melegakan emosi yang negatif seperti trauma, stres dan sebagainya. Inilah sebabnya kenapa senaman Somatik itu bagus untuk kesihatan mental.

Apakah kebaikan melakukan senaman Somatik?

Pakar terapi, Kristin dan Choi memberikan pandangan mereka berkenaan hal ini:

Menyembuh penyakit kronik

Terdapat kajian yang membuktikan, mereka yang mengamalkan senaman Somatik dapat mengurangkan sakit kronik sebanyak 86% berbanding mereka yang tidak mempraktikkannya.

Meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti

Kenapa dua perkara ini penting? Mudahnya, dua perkara ini dapat membantu meningkatkan prestasi sukan, mengelak daripada sebarang kcederaan dan macam-macam lagi.

Mengurangkan keresahan dan meningkatkan keriangan

Dalam senaman Somatik, ditekankan tentang penafasan. Penafasan yang teratur dan perlahan dapat melegakan hati dan memperlahankan degupan jantung (yang diakibatkan oleh keresahan dan stres). Kesannya, emosi kita akan menjadi lebih stabil dan baik.

Apakah antara senaman Somatik?

Antaranya ialah Yoga, Tai Chi, Pilates dan seumpamanya. Senaman-senaman yang seperti ini adalah amat bermanfaat untuk badan kita. Kita perlu menyedari keadaan badan kita supaya kita menjadi lebih yakin dan bersemangat. Kesan daripada itu, kesihatan mental kita juga akan lebih terjaga.

Terapi Somatik

Apa-apa trauma yang mengesankan fizikal kita, haruslah diubati dengan fizikal juga. Maka, dicadangkan satu bentuk terapi yang dinamakan sebagai terapi Somatik. Dalam terapi ini, anda akan dibimbing untuk melakukan senaman-senaman Somatik agar anda menjadi lebih yakin dengan fizikal anda.

Kesimpulan

Selain daripada melakukan senaman berat seperti latihan beban, senaman seperti Somatik ini juga adalah amat penting untuk badan yang sihat.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: