L-arginine Dan Citrulline Malate: Mana Lagi Baik?

Dua bahan in antara bahan yang paling dicari oleh mereka yang ingin meningkatkan kualiti latihan mereka ketika dalam proses membina badan. Biasa dengar orang mencari suplemen yang boleh meningkatkan tahap penerampilan mereka supaya nampak lebih berurat-urat? Inilah benda yang mereka cari dalam suplemen yang mereka nak guna.

Cumanya, antara kedua-dua ini, yang mana paling menjadi pilihan terbaik untuk membantu mereka mencapai sasaran tersebut (nak nampak macam ada akar pokok menjalar pada otot)? Mari kita cuba rungkaikan tentang l-arginine dan citrulline malate.

Cuba baca yang ini dahulu: Membongkar Mitos Spot Reduction

Kursus Kecergasan 2024

L-arginine


Ia adalah sejenis asid amino, juga merupakan bahan binaan untuk otot anda. Asid amino yang ini dikategorikan sebagai asid amino yang penting (separa penting). Meskipun badan anda boleh mensintesis protein ini sendiri, tetapi kita masih memerlukan untuk tingkatkan pengambilan asid amino tersebut melalui pemakanan untuk proses kesihatan badan yang optimum. Antara kepentingan l-arginine pada badan kita ialah:

Pembuatan Nitrik Oksida


Salah satu fungsi utama l-arginine dalam badan kita adalah dalam pemprosesan untuk membikin nitrik oksida (NO), sejenis molekul yang meredakan pembuluh darah. Mudahkan bahasa, mengembangkan pembuluh darah dan membantu dalam regulasi tekanan darah, juga penting untuk kesihatan kardiovaskular. Peningkatan produksi NO juga dikaitkan dengan prestasi sukan yang baik, menjadikan ia salah satu pilihan penggemar gym.

Pendokong Sistem Imun

L-arginine juga memainkan peranan dalam sistem imun badan kita dan membantu untuk melawan jangkitan-jangkitan. Ia juga ada tanggungjawab dalam proses pemulihan luka dan membaikpulih sel-sel tisu tubuh kita. Tak lupa juga, L-arginine turut berperanan dalam penyingkiran ammonia daripada badan kita (ammonia merupakan bahan buangan hasil daripada proses metabolisme).

Makanan Apa Yang Ada L-arginine?

Asid amino ini boleh didapati dalam makanan-makanan yang tinggi kandungan protein, seperti daging, ayam ikan, produk tenusu, dan kekacang. Tak lupa juga, suplemen pun dah ada dibuat khusus untuk membekalkan l-arginine. Ada yang dicipta dengan dos khusus untuk sukan, ada yang sekadar untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.

Citrulline Malate


Ini adalah sejenis suplemen pemakanan yang menggabungkan sejenis asid amino yang tidak penting (citrulline) dengan asid organik (malate atau asid malic). Tujuan suplemen ini diciptakan adalah untuk meningkatkan potensi kualiti latihan anda, mengurangkan keletihan, dan meningkatkan tahap kecergasan anda secara umum.

Citrulline dan Malate


Citrulline merupakan asid amino tidak penting (bermakna badan anda boleh memprosesnya sendiri secara semula jadi). Ia juga didapati di dalam tembikai, timun, dan buah-buahan yang lain. Apabila anda ambil citrulline, ia akan ditukar menjadi l-arginine, kendian memberikan kesan-kesan seperti yang kita sudah bincangkan sebentar tadi di atas.

Asid malic pula boleh didapati dalam pelbagai jenis buah, terutamanya buah epal. Ia berperanan besar dalam kitaran Kerb, satu kitaran yang penting untuk sistem tenaga kita. Tolong jangan tanya saya lebih, saya dahulu SPM subjek Kimia pun hanya B+.

Apa-apa pun, cuba try yang ini.


Gabungkan Kedua-duanya Sekali

Citrulline Malate adalah gabungan kedua-duanya dalam satu nisbah yang tertentu. Kegunaannya (dan pembuatannya) selalu dituju khusus pada atlit-atlit dan penggemar kecergasan. Sasaran utama pengguna adalah untuk meningkatkan pemprosesan l-arginine di dalam badan sekali gus memberikan kesan-kesan baik pada latihan.

Secara umumnya, citrulline malate menjadi pilihan yang lebih baik kerana keberkesanannya dalam meningkatkan jumlah l-arginine di dalam darah kita. Berbanding daripada mengambil l-arginine semata-mata, adalah lebih baik jika anda amalkan citrulline malate.

Anda akan rasa yang otot anda semakin mengembang, otot anda semakin kuat, anda tidak cepat berasa letih, tenaga yang lebih membuak-buak, dan macam-macam lagi kelebihan yang lain. Jika anda belum mencubanya, bagus juga jika anda ada mula rasa nak memakai citrulline malate. Tak ada rugi apa-apa, kalau rasa tak berkesan, sekurang-kurangnya anda dapat pengalaman dan pengajaran yang boleh dikongsikan dengan orang lain.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: