Tekanan Jari dalam Gusti Lengan

Rata-rata pemula gusti lengan, mereka akan menggenggam tangan mereka sekuat yang boleh. Mungkin pada mereka, itu akan memudahkan mereka menang dalam suatu perlawanan gusti lengan.

Persoalannya, apakah kadar yang sepatutnya kita memberi tekanan pada jari (finger pressure) ketika cupping?

Kursus Kecergasan 2021

Saya cuba sedaya upaya mengumpul beberapa jawapan daripada atlet-altet berpengalaman.

Kita mulakan dengan Bob Brown.

Beliau, menerusi videonya menjelaskan, kegunaan finger pressure adalah ketika kita hendak menghalang toproll lawan kita.

Apabila lawan kita sedang toproll, dia sebenarnya hendak mematahkan pergelangan tangan kita dengan cara mengaplikasikan back pressure dan memberi tekanan pada hujung hari kita. Sekiranya jari kita tidak kuat, maka tangan kita akan mudah patah.

Selepas kita hilang kekuatan pada pergelangan tangan, maka kita sudah tidak mampu untuk melawan lagi. Akhirnya, kita pun dipin. Sebenarnya, itulah toproll yang sempurna.

Sekarang ini, bagaimana kita hendak menghalang toproll itu? Kita haruskan memperkuatkan jari dan seluruh pergelangan tangan dengan senaman cupping.

Lakukan wrist curl menggunakan dumbel dan kabel di gim. Variasikan senaman tersebut dengan repetisi rendah, repetisi tinggi dan seterusnya.

Bob Brown menunjukkan apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak mempunyai cupping yang kuat untuk menghalang toproll lawan:

Sekiranya kita tidak mempunyai cupping yang kuat, maka kedua-dua tangan akan terlepas lalu akan diikat untuk memulakan pusingan baharu.

Andaian kedua, kita akan kalah dengan toproll lawan. Sebab itulah finger pressure ada nilai ketika kita hendak bergusti lengan.

Hal ini dipersetujui seorang atlet gusti lengan dari Australia, Ryan Blue Bowen. Beliau berkata, finger pressure adalah penghalang terbaik kepada toproll dan back pressure.

Namun, kita sepatutnya elak daripada menggenggam terlalu kuat sehingga pergelangan tangan kita tidak boleh untuk cuppping.

Cuba anda ambil satu hand gripper. Selepas itu, cuba anda genggam kuat-kuat dan bengkokkan pergelangan tangan anda ke dalam (inward wrist curl). Anda tidak boleh melakukan sedemikian, bukan? Sebab apa?

Sebab, finger pressure mampu diaktifkan hanya bilamana pergelangan tangan kita lurus sahaja. Sekiranya dibengkokkan seperti posisi cupping, jari kita tidak boleh menekan terlalu kuat.

Hal ini yang dibangkitkan oleh John Brzenk dalam siri Ask John Brzenk. Kata John Brzenk:

“Clamping down with finger pressure is something I do not do. The fingers should be well positioned as far around your opponent’s hand to keep him from rolling away. This is better accomplished I think by a comfortable cup, not with crushing finger pressure. I wouldn’t spend too much time with your experiment but it can’t hurt to try.”

Apa yang John Brzenk cuba sampaikan adalah beliau tidak akan menggunakan finger pressure pun kerana ia akan menyakitkan pergelangan tangan. Sebaliknya, beliau akan menguatkan daya cangkuk (cupping).

Kita tidak perlu menekan jari dengan terlalu kuat. Tetapi, pegangkan pergelangan tangan lawan dengan selesa lalu aktifkan cupping. Bergantunglah pada mencangkuk pergelangan tangan lawan, bukan menekan dan menggenggam.

Kata John Brzenk lagi:

“In my opinion there is nothing gained by squeezing down hard with finger pressure. I am not sure if fingers are important in maintaining hand and wrist position. I would almost bet with fingers missing most would be able to maintain wrist position, (definitely in the strap using a posting toproll), it would become difficult to keep your opponent from bailing out when he felt in trouble. I find myself using finger pressure when I want to control or inhibit his move outside.”

Menurut Brzenk, kegunaan finger pressure adalah untuk seimbangkan posisi pergelangan tangan. Ia tidak perlu ditekan habis-habis. Kita akan kehabisan tenaga dengan berbuat demikian. Dengan itu, hendaklah kita elak daripada bergantung pada finger pressure semata-mata.

Kuatkan cupping!

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: