Panduan Membuka Gim Jan09

Kongsi

Panduan Membuka Gim

Merancang membuka gim atau pusat kecergasan tetapi tidak tahu bagaimana? Pertama sekali sebelum memulakan apa-apa perniagaan anda perlu tahu, kenapa? Kenapa nak membuka sebuah pusat kecergasan? Adakah ianya menguntungkan? Adakah anda berniat ingin membantu orang ramai? Atau mungkin anda ingin membuka satu gim untuk kegunaan sendiri? Sebagai seorang peniaga, saya yakin majoriti akan fikirkan profit. Berapa yang boleh dijana melalui perniagaan bercorak perkhidmatan begini? Apakah perkhidmatan yang beri keuntungan kepada anda?

Kursus Kecergasan 2017Isu kesihatan dan kecergasan kini semakin mendapat tempat dikalangan masyarat. Dengan tahap obesiti semakin meningkat dan peningkatan statik penyakit non communicable disease termasuk tiga penyakit berantai menyebabkan adanya permintaan untuk perkhidmatan gimnasium dan pusat kecergasan. Selain itu, isu kecantikan juga memainkan peranan penting dimana semakin ramai yang pentingkan penjagaan badan. Lebih ramai ingin kelihatan menarik dan berkeyakinan.

Kini kebangkitan isu-isu ini menyebabkan ramai yang berniat ingin membuka pusat kesihatan atau gimnasiumnya sendiri, tetapi bagaimana? Apa yang boleh ditawarkan? Dapatkan e-Buku 7 Panduan Membuka Gim secara percuma dengan klik pada gambar atau pautan di bawah.

cover ebook IKLAN

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube