Cara-cara yang Tepat untuk Menggunakan Mesin Otot Bahu (Shoulder Press)
Lakukan senaman otot menggunakan mesin shoulder press dengan baik untuk memaksimumkan pembesaran otot
Antara mesin dan dumbbell, kita digalakkan untuk menggunakan dumbbell kerana pergerakan untuk melakukan senaman itu dikawal penuh oleh kita.
Apabila kita mengawal penuh pergerakan senaman itu, kita akan memberikan kesan signifikan kepada otot yang disasarkan. Hal ini sangat bagus untuk pembesaran otot.
Meskipun begitu, tidak bermakna bahawa mesin senaman tidak ada nilai langsung. Ia tetap ada nilai, tetapi kita harus pandai menggunakannya.
Dalam artikel ini akan difokuskan pada shoulder press machine.
Mesin ini ada satu sahaja pergerakan, yakni kedua-dua tangan kita menolak ke atas.
Pergerakannya sama seperti bench press, tetapi kedudukan badan kita adalah dududk menegak memandang ke depan, bukan seperti bench press memandang ke atas dalam keadaan baring.
Jadi, macam mana hendak guna mesin ini dengan tepat?
Pastikan beban yang kita pilih itu tepat dengan kemampuan kita
Pilih beban yang sesuai. Jangan terlalu berat kerana ia akan merosakkan senaman kita. Jangan pula terlalu ringan kerana ia tidak akan membesarkan otot kita dengan cepat.
Pilih yang tahap susahnya sederhana. Kita boleh menguji dahulu untuk melihat perkara berkenaan.
Pastikan tempat pemegang berada di paras bahu
Boleh jadi, tempat pemegang itu jauh daripada bahu. Hal ini kerana kita perlu betulkan ketinggian tempat duduk tersebut.
Sebelum kita duduk untuk bersenam, pastikan ketinggian tempat duduk itu sesuai.
Para pemegang mesti di hadapan bahu sedikit, bukan betul-betul di tepi
Ini penting kerana siku kita mesti dilenturkan ke depan, bukan ke tepi. Ketika kita memegang kita pula, pastikan tempat pemegang itu sedikit lebih luas berbanding bahu kita sendiri.
Hal ini kerana kita hendak menyasarkan otot bahu secara menyeluruh. Barulah otot bahu bahagian depan akan terkesan.
Sekiranya kita memposisikan tangan betul-betul di tepi bahu, kita hanya berfokus pada otot bahu bahagian tengah.
Tolak ke atas, luruskan tangan tetapi jangan lock siku kita
Lock sikut boleh mengakibatkan patah pada bahagian tersebut. Apatah lagi ia melibatkan beban yang sangat berat.
Lakukan senaman ini berulang kali
Itulah cara yang tepat menggunakan shoulder press machine.
Rujukan
- https://www.hussle.com/blog/how-and-why-the-shoulder-press-machine/
- https://steelsupplements.com/blogs/steel-blog/how-to-use-the-shoulder-press-machine-forms-benefits
- https://www.muscleandstrength.com/exercises/machine-shoulder-press
- https://www.fitness-china.com/how-to-use-the-overhead-press-machine/

